Connect with us

Oh! Media

Dua Lelaki Jadi Cagaran Hutang Dadah RM33,000, Diculik Dan Dibawa Lari Ke Thailand

Pdrm

Oh! Tidak

Dua Lelaki Jadi Cagaran Hutang Dadah RM33,000, Diculik Dan Dibawa Lari Ke Thailand

Polis kini sedang memburu dua suspek yang kini melarikan diri ke Thailand.

Akibat perbuatan saudara sendiri yang gagal menyelesaikan hutang, dua lelaki berusia 51 dan 35 tahun menjadi mangsa penculikan dalam kejadian berasingan di Tumpat dan Pasir Mas pada 6 Jun lalu.

Lapor Harian Metro, mangsa dipercayai dijadikan cagaran bagi menekan peminjam sebenar supaya melangsaikan hutang berjumlah RM33,000 yang dikaitkan dengan urusan dadah dan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mangsa ditemukan selamat di Mundok

Lelaki diculik
Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan kedua-dua mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan selamat di Mundok, Thailand, dua hari selepas diculik.

IKLAN

Mangsa berusia 51 tahun dilaporkan mempunyai 24 rekod jenayah, namun siasatan mendapati kedua-dua mereka bukan peminjam sebenar.

Sebaliknya, mereka diculik kerana mempunyai hubungan persaudaraan dengan individu yang berhutang.

Kita menahan empat lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Peminjam sebenar iaitu lelaki berusia 25 tahun dan teman wanitanya turut ditahan dan kini direman sehingga 22 Jun.

Kini pihak polis sedang memburu dua suspek utama dikenali sebagai Mohamad Syamsul Azroy Che Anuar dan Hamzah Muhamad yang dipercayai kini melarikan diri ke Thailand.

Kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 10 rekod berkait kes dadah dan jenayah itu turut membakar Perodua Myvi dipercayai kenderaan digunakan untuk menculik mangsa.

Pihak polis Kelantan kini mendapatkan kerjasama polis Thailand bagi membantu mengesan dua suspek utama yang dipercayai sedang bersembunyi.

Pssttt! Disebabkan hutang dan kegiatan jenayah, individu yang tidak terlibat secara langsung pula menjadi mangsa. Semoga kedua-dua suspek dapat dikesan segera dan dibawa pulang untuk berdepan tindakan undang-undang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas