Oh! Tidak
“Busuknya Korang” – Wanita Ini Dikecam Hina Bau Badan Penduduk Ketika Melancong, Siap Jerit Dan Rakam
Netizen mempersoalkan adab apabila wanita itu terpekik ‘sound’ mengenai bau badan penduduk tempatan.
Tindakan seorang wanita dan rakan-rakan yang didakwa mengutuk bau badan penduduk tempatan ketika melancong di China mencetuskan kecaman ramai.
Wanita berkenaan bukan sahaja didakwa membuat reaksi keterlaluan dan menjerit, malah turut merakam wajah beberapa individu sebelum memuat naik video tersebut di TikTok miliknya.
Netizen tegur sikap ketika berada di negara orang
Perkara itu mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads mempersoalkan tindakan wanita terbabit yang dianggap tidak menghormati penduduk di negara yang dikunjunginya.
View on Threads
Menurut pemilik hantaran tersebut, wanita berkenaan didakwa mengutuk beberapa individu termasuk keluarga bersama anak kecil, warga emas dan pemandu e-hailing menggunakan bahasa Melayu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan boleh mencalarkan imej rakyat Malaysia di luar negara.

Seorang netizen berpendapat wanita itu masih boleh menutup hidung secara senyap sekiranya tidak selesa tanpa perlu menunjukkan reaksi yang boleh mengguris perasaan orang lain.

Seorang lagi pengguna media sosial menegaskan bahawa perkara yang paling memalukan bukanlah bau badan tetapi cara wanita itu bertindak.
Travel patut ajar kita jadi lebih terbuka, bukan lebih menghukum. Sis ingat sis tengah expose perangai orang lain, tapi video ni sebenarnya lebih banyak expose karakter sis sendiri. Malu saya tengok.
Ada juga netizen yang mengingatkan bahawa sikap segelintir pelancong boleh memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang menetap, belajar atau bekerja di negara tersebut.
Pssttt! Melancong ke negara orang sepatutnya membuka ruang untuk kita memahami budaya dan cara hidup yang berbeza. Walaupun berdepan situasi kurang menyenangkan, adab dan rasa hormat tetap perlu dijaga, lebih-lebih lagi sebelum merakam serta memuat naik wajah orang lain ke media sosial.
Kredit: Thread @heyyyywiwies
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
