Trending
AS-Iran Umum Perjanjian Damai, Hentikan Operasi Ketenteraan
AS dan Iran dilaporkan mencapai perjanjian damai yang menghentikan operasi ketenteraan.
Amerika Syarikat dan Iran dilaporkan bersetuju memeterai perjanjian damai yang menamatkan operasi ketenteraan secara serta-merta dan kekal di semua barisan hadapan termasuk Lubnan.
Perkembangan besar ini diumumkan oleh Pakistan yang menjadi orang tengah dalam konflik berkenaan. Ia sekali gus menandakan perang lebih tiga bulan di Asia Barat akhirnya sampai ke penghujung.
Tandatangan perjanjian damai akan diadakan

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menerusi hantaran di platform X mengesahkan perjanjian itu sudah dicapai.
Majlis menandatangani perjanjian rasmi pula dijadualkan berlangsung di Switzerland pada 19 Jun ini.
Presiden AS, Donald Trump turut mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan pada Ahad sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-80.
Perjanjian dengan Republik Islam Iran kini dimuktamadkan.- Katanya.
Selat Hormuz dibuka semula

Dalam kenyataan sama, Trump turut memberi kuasa penuh untuk pembukaan semula Selat Hormuz tanpa sebarang tol.
Beliau juga mengarahkan sekatan tentera laut AS ditarik balik serta-merta.
Menurut Trump, kapal-kapal dunia kini boleh kembali beroperasi dan aliran minyak dibenarkan bergerak semula seperti biasa.
Iran juga sahkan perang tamat

Tidak lama selepas pengumuman itu, Iran turut mengesahkan perjanjian berkenaan menamatkan perang antara kedua-dua negara secara serta-merta.
Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi berkata penamatan perang secara kekal dan serta-merta diisytiharkan di semua barisan hadapan termasuk Lubnan.
Sebelum pengumuman dibuat, situasi masih tegang selepas Tehran berikrar untuk membalas serangan Israel terhadap Hizbullah di pinggir bandar Beirut.
Bagaimanapun, Shehbaz Sharif kemudian mengumumkan bahawa perjanjian itu berjaya dimeterai dan mengucapkan terima kasih kepada AS serta Iran kerana memilih jalan diplomatik.
Pssttt! Dalam isu besar macam ni, diplomasi memang nampak lambat tapi kesannya cukup besar bila nyawa orang awam dapat diselamatkan. Harapnya perjanjian damai AS Iran ini benar-benar kekal dan bukan sekadar reda sekejap sebelum panas semula.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
