Connect with us

Oh! Media

‘Live’ Kemalangan Maut Bongkar Objek Menyerupai Pistol Dalam MPV, Dua Lelaki Positif Dadah Ditahan

Ohmedia kemalangan Pistol

Oh! Tidak

‘Live’ Kemalangan Maut Bongkar Objek Menyerupai Pistol Dalam MPV, Dua Lelaki Positif Dadah Ditahan

Pemandu dan penumpang didapati positif dadah dan ada rekod jenayah lampau.

Satu siaran langsung di TikTok membawa kepada penahanan dua lelaki selepas orang awam terlihat objek menyerupai pistol di dalam sebuah MPV yang terlibat dalam kemalangan maut.

Lapor Harian Metro, kejadian berlaku di Jalan Lencongan Barat, Laguna, Merbok, membabitkan sebuah motosikal dan MPV jenis Nissan Grand Livina sekitar jam 7 malam semalam.

Penunggang motosikal maut di lokasi

@bellastforady

Kejadian kemalangan berlaku ptg takdi di sungai petani kedah. #lagunamerboksgpetani

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan memaklumkan, situasi kemalangan itu turut disiarkan secara langsung oleh orang awam di media sosial sebelum objek mencurigakan ditemukan di dalam MPV berkenaan.

IKLAN

Pegawai polis yang menonton siaran ‘live’ bertindak ke tempat kejadian dan bertindak menahan dua lelaki berkenaan untuk membantu siasatan.

Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu MPV dan penumpang di bahagian hadapan positif dadah. Pemandu berusia 37 tahun itu turut mempunyai 16 rekod berkaitan dadah serta satu rekod jenayah.

Sementara itu, penumpang berusia 35 tahun berkenaan mempunyai tujuh rekod dadah.

pistol

Kini, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata api 1960 dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 44(1) (A) APJ 1987.

Dalam kemalangan tersebut, penunggang motosikal berusia 67 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Mangsa yang beralamat di Taman Ria disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialaminya.

Pssttt! Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi kehilangan ini dan proses siasatan dapat merungkai kejadian sebenar.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas