Connect with us

Oh! Media

Rosmah Mansor Diperintah Bayar RM67.5 Juta Kepada Syarikat Barang Kemas

Ohmedia rosmah mansor

Oh! Negara

Rosmah Mansor Diperintah Bayar RM67.5 Juta Kepada Syarikat Barang Kemas

Rosmah Mansor diperintah bayar RM67.5 juta sebab kes kehilangan barang kemas.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, diperintah membayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhubung kehilangan 43 barang kemas.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi pada Rabu selepas mendapati Rosmah Mansor bertanggungjawab atas kehilangan barang kemas berkenaan yang berlaku lapan tahun lalu.

Mahkamah benarkan tuntutan saman ke atas Rosmah Mansor

Ohmedia najib razak rosmah

Hakim Datuk Quay Chew Soon membuat keputusan tersebut selepas mendapati wujud prima facie kecuaian oleh Rosmah Mansor kerana gagal memulangkan semua barang kemas itu kepada pemiliknya.

IKLAN

Dalam prosiding secara dalam talian, mahkamah membenarkan tuntutan saman Global Royalty Trading SAL terhadap Rosmah Mansor. Rosmah Mansor turut diarahkan membayar jumlah berkenaan dalam tempoh sebulan bermula Rabu.

Ohmedia rosmah mansor

Selain bayaran RM67.5 juta, mahkamah turut memerintahkan Rosmah Mansor membayar kos berjumlah RM150,000. Jumlah itu membabitkan RM75,000 kepada plaintif dan RM75,000 lagi kepada pihak ketiga.

Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebelum ini turut dinamakan sebagai pihak ketiga dalam kes saman tersebut.

Dakwa 43 barang kemas hilang

Ohmedia rosmah Mansor

Pada 29 Mac 2023, Global Royalty Trading SAL menyaman Rosmah Mansor berhubung 44 barang kemas yang didakwa telah diserahkan oleh ejen syarikat kepadanya. Barang kemas itu termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara.

Syarikat berpangkalan di Beirut itu mendakwa hanya satu daripada 44 barang kemas berada dalam simpanan dan kawalan polis.

Baki 43 barang kemas pula didakwa tidak berada dalam jagaan pihak berkuasa dan telah hilang. Rosmah Mansor sebelum ini menegaskan beliau tidak bertanggungjawab atas kehilangan tersebut.

Beliau mendakwa kesemua 43 barang kemas itu telah diambil dan hilang susulan beberapa siri serbuan polis di kondominium Pavilion Residences selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei 2018.

Pssttt! Kes ini memang besar nilainya dan pastinya jadi perhatian ramai. Apa pun, bila melibatkan barang bernilai tinggi dan urusan undang-undang, setiap pihak ada proses serta hujah masing-masing. Korang ikut perkembangan kes ini dengan tenang dan jangan cepat buat andaian sebelum semua proses selesai.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas