Connect with us

Oh! Media

Ini Kesan Kepada Negara Jika Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan

hukuman mati mandatori

Trending

Ini Kesan Kepada Negara Jika Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan

Sebelum ini kerajaan telah memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia. Namun, tidak semua pihak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana ada yang membantah dan menyatakan keputusan memansuhkan hukuman mati ini akan meningkatkan lagi kes jenayah.

ADVERTISEMENT

BACA: Kerajaan Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori

Pemansuhan hukuman mati mandatori ini bukanlah bermakna seseorang penjenayah akan lepas daripada hukuman, tetapi semuanya bergantung kepada budi bicara mahkamah untuk memberikan si pesalah hukuman yang bersesuaian.

Apabila hukuman mati mandatori ini dimansuhkan, korang rasa apa kesannya kepada Malaysia? Betul ke akan bertambah kes jenayah di negara kita?

108 negara memansuhkan hukuman

Menerusi Sinar Harian, untuk pengetahuan korang, Malaysia telah memperuntukkan hukuman mati yang melibatkan 32 kesalahan di bawah lapan akta berbeza. Daripada 32 kesalahan ni, 11 daripadanya memperuntukkan hukuman mati mandatori, iaitu satu-satunya hukuman yang wajib dikenakan ke atas pesalah.

Antara kesalahan yang dikenakan hukuman mati adalah melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, membunuh, mengedar dadah, menculik dan terlibat dalam aktiviti keganasan.

Korang tahu tak, bukan Malaysia je yang memansuhkan hukuman mati mandatori ni, tapi dah 108 negara turut memansuhkannya.

Hanya 55 negara je yang masih mengekalkan hukuman tersebut, itupun 32 daripadanya tidak melaksanakan dalam tempoh 10 tahun.

Kesan kepada negara

hukuman mati mandatori

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai kesan hukuman mati ini dimansuhkan. Antara kesan yang akan melanda negara kita adalah menimbulkan kegusaran rakyat Malaysia, berkemungkinan berlaku lonjakan kes jenayah dan berlaku peningkatan kes berkaitan dadah.

Jadi, apabila pemansuhan ini dilakukan, kerajaan perlu lebih berhati-hati untuk mengelak berlakunya kesan-kesan yang dirisaukan.

Mereka yang menentang hukuman mati pula mengatakan mahkamah mungkin melakukan kesilapan apabila melakukan siasatan atau semasa pendakwaan. Jadi, mereka bersetuju apabila pemansuhan ini dilakukan.

Namun, penerimaan rakyat terhadap hukuman mati ni boleh bertukar seiring peredaran masa dan keadaan politik negara.

hukuman mati mandatori

Apabila hukuman mati ini dimansuhkan, mahkamah perlulah memiliki garis panduan yang jelas mengenai hukuman gantian supaya penjenayah akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Hal ini agar keadilan berpihak kepada mangsa dan keluarga.

Mungkin rancangan untuk mengenakan penjara minimum 30 tahun sebagai gantian hukuman mati boleh meredakan mereka yang ‘menentang’ pemansuhan itu.

Apa-apa pun, semoga kerajaan dapat beri yang terbaik buat rakyat Malaysia dan membahaskan perkara ini dengan lebih mendalam di Dewan Rakyat, agar keadilan dapat berpihak kepada orang yang benar.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas