Connect with us

Oh! Media

Individu Ini Dikecam Gara-Gara ‘Complaint’ Rimas Budak Pakai Kasut Berbunyi

Trending

Individu Ini Dikecam Gara-Gara ‘Complaint’ Rimas Budak Pakai Kasut Berbunyi

Korang mesti pernah tengok budak-budak kecil pakai kasut yang mengeluarkan bunyi apabila berjalan kan? Bunyi kasut itu tidaklah terlalu kuat tetapi ada yang mengadu rimas apabila anak-anak berlari di kawasan membeli belah.

ADVERTISEMENT

BACA: Perang Raya! Netizen Berbalah Isu Tetamu Datang Beraya Habiskan Sebalang Kuih Raya. Salah Ke?

Luahan rasa tidak selesa itu membuatkan individu ini menerima pelbagai reaksi kurang senang netizen. Individu ini dipersoal mengapa menjadikan hal remeh sebagai isu sedangkan kasut berbunyi dah wujud sejak sekian lama.

Individu ini turut menyertakan bukti yang mana bukan dia seorang sahaja yang tidak selesa. Malah, ada individu lain memuat naik ‘complaint’ yang sama kira-kira 9 tahun lalu.

Seorang netizen menjelaskan anak-anak dipakaikan kasut berbunyi supaya senang untuk mengawal pergerakan mereka. Iyalah, kadang-kadang budak ni cepat je langkah dorang tu kan.

Ada netizen berpendapat ibu bapa perlu menggunakan wrist tie jika bimbang anak jalan jauh atau hilang daripada pandangan.

Hmm, dah jadi berdebat pulak di ruangan komen. Pendapat korang pula macam mana?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas