Connect with us

Oh! Media

Ibu Saudara Tuduh Calarkan Kereta, Halau Keluar 3 Beradik Yatim

Oh! Tidak

Ibu Saudara Tuduh Calarkan Kereta, Halau Keluar 3 Beradik Yatim

Tular satu video di aplikasi Tiktok milik pengguna bernama Haziq dedah telah dituduh dan dimaki ibu saudara kerana calarkan kereta yang mengundang simpati netizen.

ADVERTISEMENT

Tak cukup dituduh, Haziq dan adik-beradiknya juga dihalau keluar dari rumah ketika sedang menyambut hari raya Aidilfitri.

BACA: Empat Beradik Termasuk Bayi Dihalau Dari Rumah, Ditinggalkan Di Pondok Pengawal

Di dalam kongsian video yang dimuat naik, telah memaparkan ibu saudaranya mencerca tiga beradik itu dengan kata-kata kesat yang keterlaluan.

Memetik laporan mStar, insiden ini bermula apabila makciknya jumpa kesan calar di kereta miliknya dan terus menuduh tiga beradik ini tanpa usul periksa.

https://www.tiktok.com/@zulhaziyqqqq/video/7357008232268811536

Lagi menyedihkan apabila makciknya mengaitkan arwah ibu mereka yang baru meninggal pada Januari dalam makian yang dihantar.

Hanya boleh bersabar arwah ibu dikutuk

Ibu saudaranya juga tergamak buang barangan mereka ke luar rumah selepas mengirim makian ke tiga beradik itu.

Haziq juga berkata dia tidak tahu punca dia dan adik-beradiknya dibenci. Kini dia hanya mampu bersabar dalam menghadapi ujian ini.

Setelah saudaranya mengetahui kemelut ini, mereka berkata ibu saudaranya itu memang bersikap begitu dan ada masalah dengan mereka juga.

Saya dah tanya pakcik makcik lain, dia memang macam tu, mulut dia memang macam tu. dengan adik-beradik lain pun bertengkar macam tu. Tak tahu apa masalah dia, nak jernihkan pun tak boleh.

Apa yang saya boleh buat, saya diam je lah. Hargailah kiteorang, kiteorang dah takde mak, pertalian tu masih ada lagi, so jangan putuslah.

Walaupun diperlakukan sebegitu, Haziq tidak mengharapkan sebarang duit dan hanya berharap ikatan tidak terputus meskipun ibunya sudah tidak ada lagi.

Kesian tiga beradik yatim ini, sepatutnya makcik tu periksa dulu dan jangan tuduh sebarangan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas