Connect with us

Oh! Media

“Hentikan Trend Cabaran Makan Pedas Melampau” – Pakar Perubatan

Trending

“Hentikan Trend Cabaran Makan Pedas Melampau” – Pakar Perubatan

Makanan pedas merupakan sejenis hidangan yang menjadi kegemaran masyarakat masa kini. Bak kata orang, selagi tak pedas, tak selera nak makan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tidak Tahan Makan Pedas? Guna Bahan Ini Untuk Kurangkan Rasa Pedas

Ia juga sering dijadikan salah satu trend oleh golongan muda bagi membuat cabaran makan makanan yang terlampau pedas di media sosial sehingga mampu memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Namun, perkara ini bukanlah sesuatu yang baik kerana terdapat juga kejadian yang mana orang mengalami masalah kesihatan seperti cirit birit dan sakit perut oleh kerana terlalu memaksa diri dengan trend tersebut.

Pakar perubatan gesa henti cabaran makanan pedas

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian daripada seorang pakar perubatan, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan yang menggesa agar trend tersebut segera dihentikan.

Menerusi ciapannya laman Twitter, beliau mengakui perkara yang menjadi aktiviti kegemaran remaja kini itu mampu membahayakan kesihatan.

Menurutnya, makanan pedas juga mampu menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD) iaitu keadaan yang mana asid melimpah ke esophagus, pedih hulu hati dan sendawa berasid.

Tambahnya, makanan itu mampu dikaitkan dengan keradangan perut (gastritis), ulser perut dan buasir. Walaupun makanan pedas tidak mendatangkan penyakit, namun ia akan menjadi parah jika seseorang itu sudah ada penyakit tersebut.

Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk Penghadaman makan bermula dari mulut kerana ia perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.

Selain itu, mulut juga berlaku pencernaan kimia yang dinamai Enzim Amilase yang tujuannya meratakan makanan semasa dikunyah. Fungsinya juga untuk menghuraikan kanji kepada karbohidrat.

Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?

Masyarakat perlu lebih bertanggungjawab hentikan trend tersebut

Dalam pada itu, Dr. Kamarul sempat menitip nasihat agar masyarakat perlu bertanggungjawab menghentikan trend ini demi kebaikan semua pihak.

Hal itu selepas melihat persepsi tersebut mula disemai melalui media sosial serta dibantu oleh industri makanan yang berlumba-lumba mengeluarkan menu makanan pedas.

Jadi, kita jugalah yang bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi.

Walaubagaimanapun, beliau juga turut menasihati agar masyarakat tidak perlu membuat cabaran tersebut semata-mata jika ingin dipandang hebat oleh ramai orang.

Kredit: Twitter Dr. Kamarul I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas