Connect with us

Oh! Media

Tidak Tahan Makan Pedas? Guna Bahan Ini Untuk Kurangkan Rasa Pedas

Oh! Lifestyle

Tidak Tahan Makan Pedas? Guna Bahan Ini Untuk Kurangkan Rasa Pedas

Dalam kehidupan kita pasti ada ramai yang suka makanan pedas dan ramai juga yang tidak tahan bila makan pedas. Buat yang tidak tahan makan pedas mereka akan minum air dengan banyak walhal mereka tidak sedar air boleh menyebabkan rasa pedas itu menular di dalam mulut. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang tip untuk mengurangkan rasa pedas dengan pantas.

ADVERTISEMENT

Mentega Kacang

Siapa sahaja yang tidak suka makan mentega kacang kerana rasanya yang sedap dan mudah diambil ketika sarapan bersama roti. Walaubagaimanapun, tidak semua tahu bahawa mentega kacang mengandungi lemak yang mampu untuk mengurangkan rasa pedas. Oleh itu,  korang digalakkan untuk mengambil satu sudu mentega kacang jika sedang mengalami kepedasan.


Air Lemon

Seperti semua tahu, Lemon merupakan buah yang mengandungi pelbagai manfaat untuk tubuh badan. Namun tidak semua tahu lemon juga mampu untuk meredakan rasa pedas kerana lemon merupakan salah satu makanan yang berakali.

Susu Dan Yogurt

Ohmedia yakin psti ramai antara korang yang pernah menggunakan kaedah ini iaitu minum susu atau yogurt untuk menghilangkan rasa pedas. Hal ini disebabkan susu mengandungi protein yang mampu untuk mengurangkan rasa haba pedas pada lidah. Jadi kedua-dua minuman ini memang wajib disediakan untuk korang yang tidak tahan untuk makan pedas.

Kanji

Sejak dari kecil kita telah biasa dan diajar untuk makan nasi putih sehingga ia menjadi makanan yang wajib diambil setiap hari. Selain nasi, ada juga antara kita yang menjadikan roti sebagai makanan harian ketika bersarapan. Untuk pengetahuan korang, kedua-dua makanan ini mampu untuk mengurangkan kesan haba pedas pada lidah.

Gula

Gula merupakan bahan yang sering digunakan untuk menambah rasa manis pada minuman. Selain itu, gula juga merupakan salah satu bahan yang akan dicampurkan dalam masakan. Namun tidak semua tahu bahawa rasa manis yang terdapat pada gula mampu untuk menyerap minyak yang menyebabkan rasa pedas di mulut.

OHMEDIA : SEMOGA BAHAN-BAHAN INI AKAN MENGURANGKAN RASA PEDAS DI DENGAN CEPAT KETIKA KORANG MENHADAPINYA

+Baca respon pembaca tidak tahan makan pedas? guna bahan ini untuk kurangkan rasa pedas

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas