Oh! Tidak
“Ibadah Yang Suci Dirosakkan Dengan Telefon, Rakam Bukan Pada Masanya” – Dr Zulkifli
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegur tindakan segelintir para jemaah yang menjadikan ibadah umrah atau haji sebagai satu trend.
Teguran itu dibuat beliau menerusi satu hantaran panjang lebar di aplikasi X. Tegas beliau, umrah adalah ibadah bukannya pelancongan kerohanian.
“Depan baitullah fikir dosa, bukan cipta content” – Dr Zulkifli


Beliau rasa agak janggal ibadah suci yang mulia dirosakkan dengan telefon pintar bila ramai yang teruja merakam pada masa yang tak sepatutnya.
Tindakan mencium hajar aswad adalah sunat, tetapi kalau sampai membahayakan dan menyebabkan masalah hukumnya adalah haram.
Terdahulu, pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad mengundang perhatian apabila berkongsi video pergelutan yang berlaku ketika mahu mencium hajar aswad.
Beliau berhimpit dalam ribuan jemaah untuk memastikan pasukannya mendapat peluang mencium hajar aswad hinggakan kain ihram yang membaluti tubuhnya tertanggal!
BACA: “12 Hari Tu Je Ke Berjemaah?” – Ustaz Tegur Trend Pergi Umrah, Masjid Tak Datang
Kredit: X Dr Zulkifli | Instagram Hafiz Mahamad
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM