Trending
Terima Notis Alih Tanaman Di Bahu Jalan, Penduduk Luah Rasa Kecewa
Penduduk Pintasan Kelicap, Bayan Lepas, Pulau Pinang mendesak campur tangan kerajaan negeri selepas pihaknya menerima notis daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) meminta tanaman di atas tanah di bahu jalan dialihkan.
BACA: Pekebun Mahu Rundingan, Tak Tahu Kawasan Diteroka Hutan Simpan
Dua notis bertarikh 22 Oktober dan 29 Oktober itu telah mengundang rasa kecewa penduduk berikutan tanaman telah diusahakan sejak 20 tahun lalu.
Kosmo! melaporkan, seramai 30 penduduk telah berhimpun secara aman merayu MBPP menarik balik notis arahan supaya mengalihkan tanaman dan struktur tanpa kebenaran di bahu jalan berhadapan kediaman mereka.

Hanani Hassan selaku wakil penduduk berkata, lebih 50 tanaman bermusim seperti harum manis, jambu, ciku, belimbing dan tumbuhan herba ditanam di kawasan itu.
Arahan yang diberikan tidak begitu jelas. Sepatutnya MBPP turun padang bertemu penduduk sebelum membuat sebarang keputusan.
Penduduk juga mengakui terkejut menerima notis beserta lampiran gambar meminta mereka mengalih dan menebang pokok dalam masa 14 hari.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader turut mempersoalkan mengapa baru sekarang pihak berkuasa tempatan bertindak sedangkan penduduk yang rata-ratanya warga emas telah menanamnya sejak berpindah ke situ.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Samsudin Hussain berkata, tanaman itu bukan sahaja menjadi tempat berteduh, malah membantu mengelakkan masalah debu di laluan utama.
Kredit: Kosmo!
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM