Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Hajar Hanif Dedah Mikhail Issaq Selamba Guna Harta Isteri Untuk Beri Kepada Wanita ‘Bertuah’  

Pempengaruh dan usahawan, Mikhail Issaq didakwa sering mengambil hak milik isterinya, Hajar Hanif untuk diberikan kepada wanita lain sebagai hadiah. Tak malu ke?

Menerusi Tiktok, Hajar memuat naik satu video berkata yang suaminya itu selamba mengambil jam tangan miliknya untuk bagi perempuan lain.

IKLAN
@hajarhaniff

Banyak betul benda yang i dianiaya & dikhianati rupanya🤣 This is awareness to girls out there, Para influencer yang terkena & bukan influencer berhati hati ya kalau awak taknak kena “game” sidia. Selidik dulu kalau dapat tawaran tentang business & “buat duit”🤣🤣🤣 dia akan gunakan term “business” PERGI TREC PUN URUSAN BUSINESS KATANYA😆Saya sudah diblock disocmed, tolong suruh sidia pulangkan all my branded handbags, kalau nak jual pun boleh, bahagi dua la brother hurmssssssss . Hasil titik peluh saya tu😌 This is the BIGGEST LESSONS in my life. Ini rupanya istilah orang yang kita sayang & cintalah yang mungkin akan menghancurkan kita😊 Now i faham, apa itu munafik

♬ original sound – Hajar hanif – Hajar hanif

Janganlah ambil harta-harta isteri korang bagi dekat perempuan-perempuan yang korang nak try. Please lah ada common sense, barang isteri kau takkan nak bagi orang?

Hajar juga turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya yang tak sedar diri sebab hadiahkan perempuan lain rumah dan kereta walhal diri sendiri masih berhutang. Siapalah perempuan yang bertuah sangat tu ye?

Macam mana butanya hati seseorang lelaki sampai sanggup buat macam tu. Ambil harta isteri untuk bagi seseorang demi nafsu.

Hajar juga turut mendoakan para isteri di luar sana yang turut dianiaya supaya lebih kuat dan dibantu Allah agar mendapatkan pasangan yang lebih baik untuk diri mereka.

Sebelum ini, Hajar sempat didakwa telah dijatuhkan talak tiga selepas suaminya melafazkan taklik pada tahun 2017 dan dikatakan curang dengan perempuan lain.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas