Connect with us

Oh! Media

Garfu Besi Melekat Selepas Suntikan? Lelaki Ini Beri Penjelasan Menurut Sains

Oh! Tidak

Garfu Besi Melekat Selepas Suntikan? Lelaki Ini Beri Penjelasan Menurut Sains

Angka jangkitan yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi mencegah simptom-simptom yang lebih teruk.

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Boleh Rakam Video Terima Suntikan Vaksin Di PPV – Khairy Jamaluddin

Kita boleh melihat kebanyakan masyarakat di Malaysia telah mendapatkan suntikan dan ada juga yang belum kerana masih menunggu tarikh melalui aplikasi MySejahtera.

Namun, kebelakangan ini, muncul pula pelbagai isu yang melibatkan kesan suntikan. Ia bukanlah simptom seperti demam atau selsema, tetapi lebih mengarut daripada itu.

Garfu besi melekat selepas suntikan?

Selepas proses tersebut, pelbagai teori yang hadir termasuklah terdapat masyarakat yang meletakkan garfu besi sehingga mendakwa ada kesan magnet pada bahu mereka.

Namun, terdapat perkongsian daripada pengendali Facebook bernama Ajar berkenaan mitos yang pernah berlaku dalam kalangan masyarakat itu.

Dia telah memuat naik sebuah video memaparkan eksperimen bagi membuktikan sama ada garfu besi mampu melekat atau tidak selepas disuntik.

Sekarang ni tengah kecoh orang cakap tempat yang kita cucuk tu kalau letak garfu besi akan melekat.

Lebih mengejutkan, garfu itu kelihatan melekat pada lengannya. Namun, ia bukanlah disebabkan oleh kesan magnet.

Hal itu terjadi selepas dia mencuba menggantikannya dengan garfu plastik. Hasilnya, tetap melekat. Tetapi kenapa ia masih melekat?

Faktor daya geseran

Menerusi video itu, apabila kita cuba meletakkan garfu pada lengan kita, terdapat daya graviti dan juga daya geseran iaitu sentuhan antara garfu dengan kulit kita.

Tangkap layar gambar daya geseran pada video Ajar

Kalau korang perasan, garfu tersebut mempunyai struktur melengkung dan apa yang berlaku ialah ia menjadi seperti fulkrum.

Menurut jawapan.net, fulkrum bermaksud suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong.

Bermakna ia bukan setakat ada pergerakan atas dan bawah, malah berlaku juga pergerakan putaran. Maka, garfu tersebut akan berputar pada fulkrum.

Tangkap layar berkenaan kesan fulkrum pada video Ajar

Jadi apabila garfu tersebut mengenai tangan kita, maka daya geseran tersebut semakin meningkat menyebabkan ia mampu kekal tanpa terjatuh.

Picit bahagian bawah lengan

Eksperimen seterusnya, lelaki ini cuba memicit lengan pada hujung garfu bagi membuktikan sama ada ia tetap kekal ataupun jatuh.

Tangkap layar pada video Ajar yang memicit pada hujung lengan

Hasilnya, garfu itu jatuh disebabkan daya yang merintang pergerakannya sudah tiada. Yang tinggal hanyalah daya graviti menyebabkan ianya jatuh.

Penjelasan tentang daya geseran selepas dipicit pada hujung lengan

Eksperimen terakhir

Selain memicit, dia turut memotong garfu tersebut sehingga meninggalkan kepalanya sahaja bagi membuktikan adakah ia melekat disebabkan kesan magnet.

Tetapi hasilnya, garfu tersebut tetap jatuh. Maka dakwaan terhadap kesan selepas suntikan itu hanyalah mitos semata-mata.

Anda juga boleh menonton video penuh di laman YouTube Ajar.

Ajar juga merupakan saluran pendidikan gaya baru yang mengetengahkan pendidikan luar silibus selain turut memuat naik pelbagai video berkaitan sains bagi tatapan umum.

Perkongsian yang dibuat itu setakat ini telah mencapai lebih daripada 27,000 jumlah tontonan serta 3,300 tanda suka.

Kredit: Facebook Ajar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top