Connect with us

Oh! Media

Orangnya Baik Tapi ‘Tiber’ Muka Korang Ada Dalam Gambar Tak Senonoh? Ini Cara Nak ‘Delete’

tak senonoh

Oh! Tech

Orangnya Baik Tapi ‘Tiber’ Muka Korang Ada Dalam Gambar Tak Senonoh? Ini Cara Nak ‘Delete’

Bahaya betul zaman sekarang ni sebab benda yang tak pernah wujud pun orang lain boleh buat nampak wujud. Paling menakutkan, kita ni tak pernah buat benda bukan-bukan tapi tiba-tiba ada muka kita dalam gambar tak senonoh. Haa, apa nak buat?

ADVERTISEMENT

BACA: Elak Perbualan Dibaca Orang Lain, Whatsapp Perkenal Ciri ‘Chat Lock’

Perkara macam ni sering terjadi kepada mereka yang memiliki akaun Facebook. Tiba-tiba kawan kita bagi tahu, “Weh, kenapa ada gambar muka kau buat bukan-bukan ni?”. Kita pun pening kepala tapi benda macam ni memang nampak sangat menipu. Apapun, kalau orang yang tengok tu mudah percaya, puas juga nak jelaskan weh…

Apapun, pihak Meta sudahpun tawarkan satu jalan keluar bagi membendung masalah ini daripada terus jadi parah dengan mengenalkan sistem StopNCII.org.

Apa pula StopNCII.org ni?

NCII bermaksud Imej Intim Tanpa Konsensual (NCII) dan ia dihasilkan pihak Meta sejak tahun 2018 lagi bagi membantu mangsa. Aplikasi percuma ini berada di bawah seliaan The Rebenge Porn Helpline (RPH) yang turut berada bawah badan amal di UK, SWGfL.

Setakat ini, pihak RPH telah pun berjaya mengeluarkan lebih 200,000 gambar mangsa NCII yang berlegar-legar dalam internet.

Ok cukup, kalau nak tahu lebih lanjut korang boleh cari sendiri. Apapun ini cara nak guna StopNCII.org:

Langkah pertama, pilih gambar atau video yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan NCII.

Langkah kedua, StopNCII.org akan mencipta cap jari digital yang dipanggil ‘hash’ terhadap gambar tersebut.

Hasil pencarian tersebut akan dihantar ke peranti anda (bukan gambar atau video asli). Hal ini kerana StopNCII.org tidak akan memuat naik kandungan dan kekal terjamin pada peranti.

Langkah ketiga, sekiranya kes anda berjaya, anda akan menerima nombor kes bagi menyemak status kes itu.

Untuk mengakses kes selepas dihantar, anda perlu menyimpan nombor kes bersama PIN kerana tidak boleh didapatkan semula.

Langkah keempat, syarikat yang terlibat akan membuat padanan pada gambar dan mengeluarkan sebarang gambar yang sama dalam sistem.

Walau bagaimanapun, ia perlu selari dengan dasar penyalahgunaan Imej Intim Tanpa Konsensual.

Langkah kelima, StopNCII.org secara berkala akan terus menyemak padanan cap jari di web yang terlibat.

Langkah keenam, anda boleh menyemak maklumat terkini kes itu pada bila-bila masa atau menarik kembali laporan mengenainya.

Korang boleh cuba cara ni dan diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu. Apapun, jangan sekali-kali cuba buat perkara tak senonoh ok!

Kredit: StopNCII.org Meta

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas