Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Mahu Rentas Daerah, Lelaki Sanggup Berenang Ke Seberang Perai

Renang

Trending

Gara-Gara Mahu Rentas Daerah, Lelaki Sanggup Berenang Ke Seberang Perai

Semasa musim pandemik ini, semua tempat telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan orang ramai untuk keluar secara melulu termasuklah merentas negeri atau daerah. Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat untuk merentas termasuklah alasan tidak munasabah, menghantar barang, menunjukkan borang palsu dan sebagainya.

BACA: Detik-Detik Tentera Laut Indonesia Menyelamatkan Remaja Berenang Di Tengah Lautan

Baru-baru ini tular di laman Facebook apabila tersebarnya sebuah gambar dan beberapa video memaparkan aksi seorang lelaki yang nekad berenang ke Seberang Perai untuk merentas daerah sebelum diselamatkan.

IKLAN

Memetik laporan Kosmo, seorang lelaki berusia 28 tahun nekad untuk berenang merentasi Selat Pulau Pinang sejauh kira-kira tiga kilometer untuk ke Seberang Perai kerana tidak mempunyai surat rentas daerah bagi menuju ke kawasan tanah besar itu dari bandar raya.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu mendapati lelaki itu sanggup terjun ke dalam laut dari Tanjung City Marina dan berenang menuju ke Seberang perai, Isnin lalu.

Soffian menambah, tindakan lelaki itu hanya dibuat separuh jalan apabila dia berpatah balik menghala ke tempat pejalan kaki jeti feri akibat kepenatan sebelum berjaya diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd.

Lelaki Nekad Berenang Ke Seberang Perai
Keadaan individu tersebut selepas diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn Bhd Sumber Msn

Lelaki itu memberitahu dia nekad berenang untuk berjumpa rakannya selepas gagal mendapatkan kelulusan permit rentas daerah daripada pihak polis kerana tiada alasan munasabah.

Semasa diselamatkan, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki yang tidak bekerja itu dan hanya menyatakan butiran peribadi secara lisan.

Menurut kepada ibu lelaki tersebut, dia yang berasal dari Bayan Lepas dipercayai sudah lama tidak pulang ke rumah dan turut dipercayai hidup sebagai seorang gelandangan selain didakwa merupakan penagih tegar.

Kata Soffian, dia telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan doktor dan mendapati lelaki tersebut mengalami patah tangan kanan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas