Connect with us

Oh! Media

Wanita Diriba Pemandu Bas Akhirnya Beri Alasan, Netizen Kata Tak Masuk Akal Langsung!

Ohmedia pemandu Bas

Trending

Wanita Diriba Pemandu Bas Akhirnya Beri Alasan, Netizen Kata Tak Masuk Akal Langsung!

Wanita viral diriba pemandu bas dakwa mahu belajar memandu. Polis sahkan mereka kekasih, siasatan masih berjalan.

Isu tular melibatkan wanita diriba pemandu bas ketika memandu akhirnya terjawab apabila kedua-dua individu tampil memberi penjelasan kepada pihak polis.

Menurut laporan Kosmo, wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dia teringin belajar memandu bas, menyebabkan dia diriba oleh pemandu terbabit dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert.

Merujuk kepada klip video yang tular, gadis itu mendakwa dia diriba oleh pemandu berkenaan kerana teringin dan mahu belajar membawa bas. Dia juga mendakwa mereka merupakan pasangan kekasih.

Kenal sejak 5 bulan lepas

Pemandu Bas
Kredit Foto Amran Ali | Kosmo

Wanita tersebut turut menjelaskan bahawa dia dan pemandu bas berusia 36 tahun itu adalah pasangan kekasih dan sudah mengenali antara satu sama lain sejak lima bulan lalu.

IKLAN

Difahamkan, wanita berkenaan bekerja sebagai kerani kaunter tiket bas di syarikat berlainan.

Menurut keterangan diberikan, aksi tersebut hanya berlaku seketika ketika bas melalui susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Bemban arah selatan.

Dia mendakwa diriba dan memandu bas itu hanya seketika sebelum memasuki laluan utama lebuh raya, bagaimanapun siasatan masih diteruskan.

Bas bawa 24 penumpang, polis ambil keterangan

Polis

Ketika kejadian, bas tersebut dipercayai membawa kira-kira 24 penumpang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke Larkin Sentral, Johor Bahru.

Kedua-dua mereka telah diambil keterangan selama dua jam sebelum ditahan, dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pssttt! Jangan ambil mudah soal keselamatan di jalan raya. Walaupun sekadar ‘cuba-cuba’, nyawa ramai orang berada dalam risiko.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas