Trending
Tular Video Di Asrama MRSM, Polis Buka Kertas Siasatan
Tular sejak semalam rakaman video memaparkan aksi sekumpulan pelajar memukul seorang pelajar lain di sebuah bilik asrama di sekolah.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pulau Pinang. Terkini! Polis Pulau Pinang mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Polis buka kertas siasatan

Lapor Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, siasatan kes ini akan dijalankan secara menyeluruh dan holistik.
Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya.
Kejadian Jun tahun lalu, ejek mengejek dan bergurau

Menurut laporan terdahulu, semua pelajar yang terlibat dalam kes buli di MRSM itu telah dikenal pasti.
Difahamkan seramai tujuh pelajar terlibat dalam kejadian yang berlaku sekitar Jun tahun lalu. Lapor Astro Awani siasatan awal mendapati insiden tersebut bermula dengan unsur gurauan dan ejek-mengejek.
Video tular turut mendapat perhatian Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau dalam satu hantaran di Facebook tegas dengan pendirian tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
BACA: “You Touch, You Go!” – Tiada Kompromi, Pengerusi MARA Arah Siasat Video Tular Di MRSM
Beliau menjelaskan bahawa semua pelajar yang disyaki membuli telah digantung persekolahan bagi memastikan mereka tidak mengganggu siasatan dan sebagai tanda tiada tolak ansur dalam isu buli.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini digalakkan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis SPS (04-5858222), IPK Pulau Pinang (04-2221522), atau mana-mana balai polis berdekatan.
Kredit: Sinar Harian | Astro Awani
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM