Connect with us

Oh! Media

Elya Penasihat Online KWSP Buat Pencarum Serba Salah Keluar Atau Tidak Simpanan

Trending

Elya Penasihat Online KWSP Buat Pencarum Serba Salah Keluar Atau Tidak Simpanan

Hasil pemerhatian kami, kebanyakan rakyat Malaysia masih belum tidur bukanlah kerana Kamal Adli melamar Uqasha Senrose atas pentas, tapi kerana masing-masing sedang sibuk melakukan permohonan i-Sinar yang mula dibuka pada hari ini.

ADVERTISEMENT

Tapi sebelum melakukan sebarang permohonan, kita boleh melakukan semakan amaun kelayakan keseluruhan pengeluaran di https://isinar.kwsp.gov.my/.

Di situ, kita hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit dan kita dikehendaki menjawab lima soalan mudah sebelum jumlah kelayakan minimum dan maksimum dipaparkan.

Menariknya, sebaik sahaja kita menentukan jumlah amaun yang diinginkan, di bahagian bawah akan muncul satu karakter wanita bernama Elya yang tampil sebagai penasihat online KWSP.

Elya akan menasihatkan pemohon untuk tidak mengeluarkan simpanan mereka dan memberikan anggaran berganda jika tidak mengeluarkan simpanan sehingga umur 55 tahun.

Sebagai contoh, Ohmedia hanya mampu mengeluarkan jumlah maksimum RM5,400 dan Elya menganggarkan jumlah ini akan berganda kepada RM18,214.92 jika disimpan sehingga umur 55 tahun. Fuhh, raya sayang pula nak keluar, haha!

Jadi, nasihat Ohmedia jika wang yang ingin dikeluarkan ini dirasakan amat membantu di saat sukar ini, gunakanlah sebaiknya.

Lebih baik lagi jika kita gunakan wang ini untuk dijadikan modal memulakan perniagaan yang akhirnya dapat dikembangkan. Semoga berjaya.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas