Connect with us

Oh! Media

Mengejutkan, Ini Rupanya Wajah Sebenar ‘Angelina Jolie Iran’

Trending

Mengejutkan, Ini Rupanya Wajah Sebenar ‘Angelina Jolie Iran’

Fatemah Khishvand, 19, yang juga dikenali sebagai ‘Angelina Jolie Iran’ pernah menjadi bintang di media sosial dengan menipu orang ramai melalui gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram.

ADVERTISEMENT

Wajah sebenar ‘Angelina Jolie Iran’ yang kononnya pernah melakukan sebanyak 50 pembedahan plastik semata-mata mahu menyerupai bintang Hollywood angelina Jolie itu ternyata jauh berbeza berbanding apa pernah terpapar di media sosial.

Rupa sebenar Fatemeh atau dikenali sebagai Sahar Tabar, dikatakan dapat dilihat buat pertama kalinya apabila dia tampil dalam satu wawancara khas televisyen di negara itu.

Sebelum ini, Fatemeh dikatakan telah didakwa dengan hukuman penjara 10 tahun selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan kerana menghina agama dan turut mencetuskan keganasan selepas saja dia memuat naik gambarnya yang dikatakan sama seperti bintang Hollywood, Angelina Jolie.

Dia kini telah pun dibebaskan daripada penjara selepas pihak berkuasa menerima desakan dari pelbagai pihak yang mengatakan hukuman yang dikenakan kepada Fatemeh itu tidak adil.

Apa yang mengejutkan adalah, wajah sebenar Fatemeh dikatakan sangat jauh berbeza dengan gambar yang pernah dia muat naik di media sosial dan ini juga membuktikan rupa ‘hodoh’ itu hanyalah menggunakan teknik mekap dan perisian Photoshop.

Dia juga pernah mendapat gelaran zombie oleh pengguna Instagram kerana gambarnya dengan pipi berongga, hidung terbalik dan penampilan yang sangat pelik melalui gambar-gambar yang dimuat naiknya di media sosial.

Muka dah cantik-cantik di-edit pula sampai nampak seram. Bila tengok muka sebenar Fatemeh ni tak adalah buruk mana pun, setuju tak gais?

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas