Connect with us

Oh! Media

Dituduh Rogol Anak Tiri, Lelaki Maklum Dirinya Ada Masalah Kesihatan

Trending

Dituduh Rogol Anak Tiri, Lelaki Maklum Dirinya Ada Masalah Kesihatan

Makin hari, makin menjadi pula kes rogol yang dilaporkan di media. Yang paling menyedihkan apabila kes-kes macam ni kebanyakannya dilakukan oleh orang yang dipercayai oleh mangsa sendiri.

ADVERTISEMENT

Hari ini, lagi kes rogol dilaporkan berlaku dan kali ini ianya melibatkan seorang ayah dan anak tirinya yang berlaku di Pulau Pinang.

Ayah tiri yang bekerja sebagai peniaga itu telah pun dihadapkan ke Mahkamah Seksyen hari ini, atas pertuduhan merogol anak perempuan tirinya di dalam kereta pada awal Februari.

Namun, lelaki berusia 43 tahun itu tidak menyatakan apa-apa pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun di dalam kereta di tepi Jalan Bagan Jermal pada 4 Februari lalu, pasa jam 6.30 petang.

Dia kini didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Semasa perbicaraan berlangsung, tertuduh juga ada memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia sebenarnya ada mempunyai masalah kesihatan akibat masalah paru-baru serta buah pinggang dan masih lagi menerima rawatan di hospital.

Tertuduh juga memberitahu bahawa dia tidak mempunyai penjamin dan Hakim juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin. Mahkamah juga telah menetapkan 18 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula.

Mungkin dia fikir dengan maklumkan mengenai masalah kesihatan tu mahkamah boleh ringankan hukuman untuk dia. Haih, saat-saat macam ni pun masih lagi fikir pasal diri sendiri, pasal anak tiri yang jadi mangsa tu macam mana pula? Tak pasal-pasal anak yang tak berdosa tu trauma seumur hidup.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas