Connect with us

Oh! Media

Sempat ‘Selfie’ Buat Kali Terakhir Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing

Trending

Sempat ‘Selfie’ Buat Kali Terakhir Sebelum Tolak Isteri Jatuh Tebing

‘Basically’ apa yang kita semua faham mengenai konsep insurans ni adalah bayar dan klaim. Insurans yang kita bayar setiap bulan ni la nanti yang akan ‘cover’ kalau suatu hari nanti kita terlibat dengan kemalangan atau ada ahli keluarga kita yang meninggal secara semulajadi. 

ADVERTISEMENT

Tak dinafikan, gara-gara duit insurans ni juga lah, sampaikan ada yang sanggup bakar kereta atau rumah sendiri dan yang paling tragisnya apabila, ada juga yang sanggup membunuh semata-mata kerana duit insurans. 

Di Turki baru-baru ini telah dilaporkan mengenai seorang suami yang dikatakan sempat mengambil gambar ‘selfie’ bersama isterinya sebelum dia menolak isterinya jatuh dari tebing, hanya kerana mahu menuntut duit insurans diatas kematian isterinya.

Hakan Aysal, 40, dituduh kerana telah menolak isterinya Semra Aysal, 32, dari tebing ketika bercuti di Butterfly Valley, tenggara Turki, pada Jun tahun 2018.

Semra pada ketika itu dikatakan sedang mengandung bersama bayi yang berusia tujuh bulan, maut selepas terjatuh dari ketinggian hampir 1,000 kaki.

Gambar ‘selfie’ terakhir Hakan bersama isterinya.

Gambar terakhir pasangan itu juga menunjukkan mereka tersenyum bersama di puncak tebing, sebelum beberapa saat tragedi itu berlaku.

Pihak insuran dikatakan telah menolak permohonan tuntutan insuran dibuat Hakan selepas curiga dengan punca kematian Semra.

Ketika soal jawab di mahkamah, Hakan menafikan bahawa dia merancang untuk membunuh isterinya dan mendakwa ianya adalah kemalangan.

Saya bangun untuk mengambil telefon yang diminta isteri dan kemudian mendengar dia menjerit ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mengambil telefon dari begnya. – Kata Hakan.

Pendakwaraya juga turut mendakwa jika Hakan sebenarnya telah pun merancang pembunuhan itu untuk menuntut insurans kemalangan diri yang diambil atas nama isterinya sebelum kematiannya, yang bernilai hampir £41,000 (RM229,466).

Pendakwaraya turut mendakwa jika satu-satunya alasan pasangan itu duduk di atas tebing selama tiga jam adalah kerana Hakan mahu memastikan bahawa tidak ada pengunjung lain yang berada di sekitar ketika dia mahu menjalankan ‘rancangannya’.

Sebaik sahaja Hakan menyedari mereka bersendirian, dia dengan sengaja telah membunuh Semra dengan menolaknya dari tebing.

Hakan dilaporkan telah ditahan pada November 2020, kerana merancang pembunuhan isterinya. Perbicaraan kes ini juga dilaporkan masih berjalan dan akan bersambung.

Disebabkan duit sanggup kau bunuh isteri dan anak dalam kandungan. Akal mana akal?

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas