Connect with us

Oh! Media

Diskaun 5 Hingga 40 Peratus Bil Elektrik Bagi Tempoh 3 Bulan Mulai Bil Julai Ini – PM

Trending

Diskaun 5 Hingga 40 Peratus Bil Elektrik Bagi Tempoh 3 Bulan Mulai Bil Julai Ini – PM

Terkini, bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mulai Julai ini.

ADVERTISEMENT

Diskaun ini berdasarkan penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

Diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan. – Kata Muhyiddin.

Secara keseluruhan,rakyat akan mendapat diskaun berjumlah RM346 juta dan diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil elektrik bulan Julai 2021.

Bagi sektor-sektor ekonomi yang terjejas khususnya seperti pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah dan pejabat syarikat pelancongan tempatan turut dilanjutkan tiga bulan lagi diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021.

Sekadar makluman, hasil pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan bukan domestik ini, kerajaan akan menanggung kos tambahan sebanyak RM1 bilion.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas