Connect with us

Oh! Media

Sharifah Shahirah Dedah Aman Graseka Mesej Mohon Bantuan Lagi Dengan Alasan Anak Ditidurkan

aman graseka

Oh! Artis

Sharifah Shahirah Dedah Aman Graseka Mesej Mohon Bantuan Lagi Dengan Alasan Anak Ditidurkan

Ingatkan dah tak ada isu ni lagi tapi Sharifah Shahirah dedah Aman Graseka masih hantar mesej minta bantuan duit. Mesej itu diterimanya pada awal pagi Jumaat hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Aman Graseka Nafi Minta Bantuan, Tapi Sharifah Shahirah Kata Ramai Rakan Artis Dapat Mesej

Namun kali ini Aman memberikan alasan yang anaknya sedang sakit dan ditidurkan di sebuah hospital di Kedah.

Isteri Aman Graseka siap nak tunjuk bukti anak sedang sakit…

Isteri dia mesej saya beritahu anak sedang ditidurkan di hospital. Saya terima mesej itu awal pagi sekitar waktu Subuh.

Dia cakap mahu tunjuk video sebagai bukti.

Shiera bagaimanapun tidak bertanyakan apa-apa tentang keadaan anaknya dan hanya menyampaikan mesej itu kepada pendengar radio Suria Petang agar mendoakan kesihatan anak mereka.

Kalau betul ada masalah kewangan, panggillah media dan kongsi masalah…

Saya memang tidak bertanya lanjut. Kalau benar anak sakit, kenapa sampai perlu nak tunjuk video. Jika perlukan bantuan, dia sepatutnya hubungi orang terdekat.

Sebelum ini pun dia tidak jujur sebab itu saya hanya berdiam sahaja kali ini. Cuma kalau betul saya hanya minta orang ramai mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

Dalam pada itu, Shiera turut mengakui dia tidak mempunyai kudrat lagi untuk membantu dan berharap agar pihak berwajib seperti Lembaga Zakat datang menziarahi keadaan mereka.

Shiera juga berharap agar Aman Graseka dan isteri untuk terus menghubungi media dan berkongsi keadaan mereka agar lebih banyak pihak dapat membantu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas