Connect with us

Oh! Media

Nenek Tua Selongkar Sampah, Gembira Bila Ada Yang Sedekah Minyak Dan Telur Sepapan

wanita

Oh! Inspirasi

Nenek Tua Selongkar Sampah, Gembira Bila Ada Yang Sedekah Minyak Dan Telur Sepapan

Dalam kesenangan kehidupan kita, ada segelintir daripadanya yang sedang menghadapi keperitan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

ADVERTISEMENT

Tidak kisahlah pekerjaan itu apa, asalkan ia boleh mendatangkan hasil.

Baru-baru ini, seorang aktivis kemanusiaan Saharuddin Amirullah berkongsi video di TikTok yang memaparkan nenek tua lanjut usia sedang menyelongkar tempat pembuangan sampah dipercayai di sebuah kawasan perumahan di Sabah.

Menurut Saharuddin, nenek tua itu sedang mencari bahan kitar semula seperti tin aluminium, botol plastik dan kaca dalam timbunan sampah untuk dijual bagi mendapatkan sedikit wang.

@saharuddinamirullah

Kalau kamu sedang mengeluh sekarang, tengok makcik ni sentiasa tersenyum walaupun tiap-tiap hari kerjanya mengumpul tin aluminium demi kelangsungan hidup.

♬ Tertawan Hati – Awdella


Di suatu petang, pemandangan indah di bawah rumah terlihat makcik ni menyelongkar sampah mencari tin aluminium.

Ramai sudah mengetahui, hasil jualan daripada mengutip bahan kitar semula tidaklah seberapa banyak.

Saharuddin yang melihat situasi menyayat hati itu terus bergegas turun menyapa wanita berkenaan yang dipanggil makcik.

Nenek tua itu datang menghampiri Saharuddin dengan senyuman manis tanpa mengharapkan apa-apa bantuan.

Boleh pula makcik ni tak perasan saya panggil dia.

Memang makcik ni suka senyum padahal dia penat sebenarnya kumpul tin aluminium.

Kemudian, aktivis kemanusiaan itu terus memberikan barang keperluan seperti minyak masak, sepapan telur dan wang berjumlah RM10 kepada wanita tersebut.

Makcik ni suka senyum padahal dia penat sebenarnya kumpul tin aluminium.

Sejurus menerima pemberian itu, nenek tua berkenaan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu pergi.

Nenek

Betapa bahagianya dirasa apabila dapat buat makcik ni tersenyum bahagia.

Terus makcik ni berlari macam tak sabar mahu balik rumah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada netizen turut sebak melihat situasi wanita itu, malah berterima kasih kepada Saharuddin atas kebaikan yang dilakukan.

Bukan itu sahaja, di ruangan komen terdapat seorang pelayar turut tampil berterima kasih dan mengakui bahawa nenek tua tersebut merupakan ibu saudaranya.

Katanya, ibu saudaranya merupakan seorang bidan kampung yang sudah kematian suami.

Salam Sabah Sandakan hadir. Makcik saya tu… Terima kasih saudara. Semoga Allah murahkan rezeki adik.

Saya dengan keluarga yang lain turut bantu makcik kami sendiri. Makcik saya tu bidan kampung. Dia balu selepas pakcik kami dah lama meninggal dunia.

BACA: Seorang Wanita Menghidap Gangguan Neurologikal Berjaya Buktikan Kekurangannya Bukanlah Penghalang Kejayaan

Sebelum ini kami ada kongsikan kisah, seorang wanita yang menghidap gangguan neurologikal atau dystonia dan kehidupannya dalam belajar untuk mengatasi gangguan itu. 

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Tak semua benda kita boleh share dekat media sosial, lagi-lagi kalau dah ada nama dalam industri ni #alyah#tokram#kisahrumahtangga#mediasosial#ohtrending#ohmedia

♬ Permata (feat. Ben) – Alyah

  • wanita
  • wanita

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas