Connect with us

Oh! Media

Aman Graseka Nafi Minta Bantuan, Tapi Sharifah Shahirah Kata Ramai Rakan Artis Dapat Mesej

aman graseka

Oh! Artis

Aman Graseka Nafi Minta Bantuan, Tapi Sharifah Shahirah Kata Ramai Rakan Artis Dapat Mesej

Pelakon senior era 90-an, Aman Graseka tampil menjawab dakwaan kononnya kini kesempitan hidup. Kata pelakon ini, apa yang tersebar adalah tidak benar dan dia masih mempunyai pekerjaan iaitu berniaga ketupat bersama rendang.

ADVERTISEMENT

BACA: Aman Graseka Sendiri Terkejut Dengan Berita Dirinya Minta Bantuan Untuk Beri Anak Makan

Tetapi, lain pula yang dikatakan penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahira. Menerusi satu hantaran di Instagram, Sharifah Shahira atau mesra disapa Shiera berterima kasih kepada pengikut yang menyalurkan bantuan kepada Aman.

“Doakan dia senang, bisnes maju”

aman graseka

Shiera berharap duit yang diperolehi dapat digunakan untuk modal berniaga. Malah katanya lagi, semoga Aman Graseka tak perlu meminta-minta lagi dengan rakan-rakan artis yang lain.

aman graseka derma

Penyampai radio ini juga berharap di masa depan artis senior tak perlu lagi meminta pertolongan seperti ini. Sampaikan yang tak rapat pun dapat mesej.

Di ruangan komen, selebriti Adam Corrie dan CP Sarimah Ibrahim turut memberikan respon mengenai isu ini.

sarimah

Terdahulu, Shiera ada memuat naik screenshot mesej yang diterimanya dipercayai dari Aman Graseka. Dalam mesej itu, tertulis semoga ada rezeki anak-anaknya nak buat makan.

Kredit: Instagram Shiera Ijoy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas