Connect with us

Oh! Media

Remaja 12 Tahun Dibuli Kerana Cemburu Hubungan Dengan Abang Angkat

Ramaja Dibuli

Trending

Remaja 12 Tahun Dibuli Kerana Cemburu Hubungan Dengan Abang Angkat

Tular di media sosial apabila sekumpulan remaja terdiri daripada 6 orang perempuan bertindak membuli dan memukul seorang remaja perempuan dipercayai kerana cemburu.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 4 petang di sebuah pangsapuri di Lembah Subang, setelah mangsa selesai pergi berjoging dan ingin pulang ke rumah sebelum terserempak dengan sekumpulan remaja perempuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 9.26 malam.

IKLAN

“Mangsa mendakwa dipukul oleh rakan sekolahnya berumur lingkungan 12 hingga 13 tahun kerana cemburu hubungan mangsa dengan abang angkat rakannya itu.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat kejadian tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku di tangga perumahan pangsapuri di Kelana Jaya.

“Semasa kejadian, terdapat rakan suspek yang merakam perbuatan tersebut dan menularkannya dalam grup aplikasi WhatsApp dan laman Instagram milik suspek.

“Arahan untuk menjalankan siasatan telah diperoleh daripada Timbalan Pendakwa Raya dan kesemua suspek yang terlibat telah dikenal pasti untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kredit : SinarHarian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas