
Oh! Tidak
Dicekup Khalwat, Dua Doktor Muda Mungkin Dibuang Kerja
Dua doktor muda dicekup berkhalwat di Melaka, kini berisiko dibuang kerja jika didapati langgar etika penjawat awam.
Baru-baru ini tular di media sosial pasangan bercinta yang merupakan doktor ditangkap khalwat di sebuah rumah sewa di Melaka.
BACA: Pasangan Doktor Ditahan Disyaki Berkhalwat, 20 Minit Menyorok Dalam Rumah Sewa
Terbaru, Kosmo! pasangan berkenaan bakal berdepan tindakan tatatertib termasuk kemungkinan dibuang kerja.
JAIM masih jalankan siasatan

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem, pihaknya sedang menunggu laporan penuh daripada JAIM sebelum sebarang tindakan diambil terhadap pasangan berusia 26 tahun itu.
Jika siasatan JAIM mendapati berlaku kesalahan, maka Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka.
Beliau berkata, buat masa ini, pasangan doktor terbabit masih bertugas seperti biasa di hospital sementara menunggu siasatan selesai.
Pssttt! Sebagai penjawat awam, setiap tindakan diperhatikan dan ada akibatnya. Kalau benar berlaku pelanggaran, tindakan sepatutnya perlu diambil agar jadi pengajaran kepada yang lain.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
