Oh! Tidak
Ibu Zara Qairina Dedah Rakaman Anak Kerap Dibuli
Ibu Zara Qairina buat laporan polis baru, dedah anak kerap dibuli pelajar senior sebelum kematian.
Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, masih menimbulkan tanda tanya selepas ibunya, Noraidah Lamat tampil membuat satu lagi laporan polis tambahan pada 30 Julai lalu.
Menurut peguam yang mewakili ibunya, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, laporan itu dibuat berdasarkan satu rakaman perbualan telefon antara Allahyarham dan ibunya yang menunjukkan kemungkinan wujud unsur buli dari pelajar senior.
Beliau mempunyai rakaman perbualan telefon dengan Zara yang mana anaknya memaklumkan bahawa terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu atau membulinya.-Kata mereka dalam kenyataan media.
Antara pelajar yang disebut termasuk seorang dikenali sebagai ‘Kak M’ yang pernah mengugut Zara dengan ayat, “Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni”.
Tiada kecederaan seperti jatuh dari tempat tinggi?
Lebih mengejutkan, ibu Zara turut meluahkan rasa ragu terhadap punca kematian anaknya yang didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.
Menurut laporan polis yang dibuat, wajah Allahyarham langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan fizikal seperti lebam atau luka yang biasanya berlaku jika seseorang jatuh dari tempat tinggi.
Tambah membimbangkan, pihak sekolah didakwa pernah meminta Noraidah tidak membuat laporan polis, sekali gus menguatkan rasa curiga terhadap apa yang sebenarnya berlaku.
Pssttt! Kes macam ni memang meruntun hati, lagi-lagi bila melibatkan anak-anak yang masih muda. Ohmedia harap korang yang ada anak, adik atau kenalan yang bersekolah, tolong peka kalau mereka tunjuk tanda-tanda kemurungan atau takut ke sekolah.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM