Terus terang, Khai sangat kagum dengan apa yang Apple buat untuk CarPlay dalam iOS 26. Setiap kali duduk dalam kereta dan skrin menyala, terus rasa macam berada dalam kokpit digital yang penuh gaya, kemas, dan personal.
Kalau dulu CarPlay sekadar paparan asas yang statik, kali ni iOS 26 bawa pengalaman baru yang jauh lebih pintar dan fleksibel. Sekarang, Khai boleh susun sendiri widget yang paling Khai selalu guna contohnya Waze, Messages, Music, Podcast, sampai ke smart home app macam Tuya pun boleh letak terus dalam satu page khas. Semua tu sentiasa on display, jadi tak payah lagi scroll atau tekan-tekan banyak kali masa tengah drive.




Yang paling best, iOS 26 sekarang dah ada fungsi untuk optimize display ikut skrin kereta kita sendiri. Jadi, icon tak nampak besar sangat, tak nampak kecil sangat. Tulisan pun cantik, tak semak mata. Semua tu akan ikut nisbah dan resolusi head unit kita. Dan sebab Khai pakai head unit jenis portrait yang besar, hasil dia memang memuaskan. Setiap inci paparan tu nampak polished dan premium.

Bila tengok balik susunan UI tu, rasa macam Apple betul-betul faham yang pengalaman dalam kereta kena ringkas tapi penuh kawalan. Tak kira pagi, malam, terang atau gelap, CarPlay ni nampak cantik dan sedap mata memandang.
iOS 26 buat CarPlay rasa macam satu dashboard yang dicipta khas ikut selera Khai sendiri. Tak pelik kenapa setiap kali start enjin, benda pertama yang Khai nak tengok adalah skrin ni.