Connect with us

Oh! Media

Bawa Kereta Pakai Cahaya Matahari

Bawa Kereta Pakai Cahaya Matahari

Khai masih ingat lagi, first time bawa kereta lepas charge penuh bukan dari stesen minyak, tapi dari bumbung rumah sendiri. Bukan petrol. Bukan TNB. Tapi cahaya matahari. Dan untuk Khai, itulah detik yang betul-betul ubah cara Khai pandang tentang masa depan pemanduan.

A7r00405

Tesla Khai tu, dia tak minum minyak. Dia minum cahaya. Sepenuhnya dicas dari panel solar yang Khai pasang atas bumbung. Tak perlu lagi keluar rumah semata-mata nak isi. Takde bau minyak. Takde resit panjang. Yang ada cuma sun, wire, dan senyap. Senyap yang menyenangkan.

A7r00400

Waktu paling efisien nak charge? Dalam 11 pagi sampai 2 petang. Itulah waktu matahari tengah berdiri tegak atas kepala. Kalau awan malu-malu muncul, Khai set je 7kW. Tapi bila langit biru terang tak ada gangguan, Khai takkan lepaskan peluang. Terus maksimumkan sampai 11kW. Sebab apa? Sebab itulah tenaga paling bersih, paling percuma, dan paling logik kalau dah ada solar.

IKLAN
 8445

Gabungan solar dan EV ni ibarat macam nasi lemak dan sambal. Bila ada dua-dua, baru betul rasa lengkap. Dan bila Khai drive sambil tahu tak ada sebutir karbon pun yang keluar dari ekzos, hati jadi tenang. Ini bukan sekadar jimat, ini satu keputusan yang bagi impak pada bumi.

A7r00402

Khai tahu, ramai masih ragu-ragu. Tapi bagi yang dah mula, mesti faham perasaan ni. Ada lagi ke yang tengah buat benda yang sama? Jom kongsi cerita. Mana tahu kita boleh saling belajar dan jadikan langit kita lebih bersih sama-sama.

20170822 135307

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Ke Atas