Connect with us

Oh! Media

Aliff Syukri Terbaring Sakit, Diva AA Sindir Kifarah Tuhan?

Ohmedia diva aa aliff syukri

Oh! Artis

Aliff Syukri Terbaring Sakit, Diva AA Sindir Kifarah Tuhan?

Aliff Syukri jatuh sakit, Diva AA sindir terkena kifarah. Ketahui kisah panas dua figura kontroversi.

Nampaknya, perang dingin antara pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA dan usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri kembali hangat apabila Diva AA membuat satu hantaran berbaur sindiran terhadap Aliff yang kini terlantar di hospital.

Menerusi satu perkongsian di platform X, Azwan memuat naik tangkap layar menunjukkan Aliff sedang berbaring di atas katil hospital.

Namun apa yang menarik perhatian, adalah kapsyen pedas yang ditulis oleh Diva AA yang jelas menyindir keadaan kesihatan Aliff.

IKLAN

Butoh, sesuwei. Nganjing lagi Diva AA, kan dah mendapat. Go to hell, puiii.- Tulis Azwan tanpa berselindung.

Diva AA tersinggung isu duit dan beg tangan?

Aliff syukri

Dalam hantaran berasingan, Azwan turut ‘membalas dendam’ terhadap tuduhan kononnya dia tidak mempunyai wang, yang dipercayai timbul selepas tular video dirinya memijak beg tangan keluaran Aliff.

Kepala bapak kau tiada duit, dasar anjing. Mak bapak kau yang tiada duit lepas itu kau menggelupur hina aku, pukimak lah bodoh.- Katanya penuh emosi.

Diva AA juga menambah bahawa dia sebenarnya masih berlembut kerana tidak mengambil tindakan undang-undang, walaupun dihina.

Aku tak saman kau pun dah kira cukup baik, ada datuk seri pun bodoh macam anjing sama lah macam mak kau bela anjing. Pergi mampus dengan salakan kau.- Ujarnya lagi.

Dari beg tangan ke gangguan misteri…

Untuk korang yang terlepas drama ini, isu tercetus bila Diva AA dilihat memijak beg tangan milik jenama Aliff Syukri. Tindakan itu dikatakan sangat tidak sopan dan menghina hasil titik peluh Aliff sebagai usahawan.

Keadaan bertambah panas apabila Aliff kini didakwa mengalami pelbagai masalah kesihatan pelik yang bukan sahaja menimpanya, malah turut melibatkan ahli keluarganya.

Malah, dalam sesi siaran langsung bersama isterinya, Datin Shahida, mereka menyatakan seolah-olah keluarga mereka sedang diganggu oleh sesuatu yang luar biasa. Mereka juga tidak menolak kemungkinan terkena perbuatan orang.

Pssttt! Kadang-kadang, pergaduhan selebriti ini lebih panas daripada sinetron. Tapi apa pun, Ohmedia harap korang jangan terlalu cepat menghukum atau mempermainkan penderitaan orang lain, sebab kita tak tahu apa yang bakal menimpa diri sendiri nanti. Hormat itu percuma, dan diam itu kadang lebih berkelas dari menyindir.

Kredit: Aplikasi X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas