Oh! Artis
Erma Fatima Terkejut Wujud ‘Walid’ Di Dunia Sebenar, Mangsa Adalah Isteri Orang
Erma Fatima dakwa seorang ustaz perdaya isteri orang dengan guna agama. Modus operandi didedah!
Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima mendedahkan tentang seorang individu bergelar ustaz yang didakwa menggunakan agama untuk memperdaya wanita bergelar isteri orang.
Menerusi satu hantaran panjang di Instagram, Erma memaklumkan bahawa dia menerima panggilan daripada seorang mangsa yang mengadu tentang perlakuan tidak bermoral ustaz terbabit.
“Modus operandi dia licik, mangsa isteri orang!”
Erma turut menyatakan bahawa modus operandi ustaz terbabit sangat licik, malah mangsanya terdiri daripada wanita yang sudah berkahwin.
Dakwanya, mangsa tidak berani membuat laporan kerana bimbang diketahui suami.
Hebat! Kat rumah… kat tempat pengajian… dalam kereta… hotel…
Tambahnya, cara ustaz itu berdialog sama dengan watak Walid dalam drama Bidaah. Malah, Erma mendakwa lelaki itu pernah menghantar Direct Message (DM) menegur tentang drama Bidaah.
“Jangan sampai ramai lagi perempuan membodohkan diri”

Dalam nada tegas, Erma menasihatkan para isteri yang terlibat supaya tidak terus merelakan diri diperdaya, sebaliknya tampil membuat laporan agar tindakan dapat diambil.
Aku memang tak faham kenapalah korang merelakan ye??? Apa pun Wallahualam… Moga cerita ini bukan satu fitnah.
Erma turut memberi amaran kepada ustaz terbabit agar tidak mempermainkan isu ini kerana dia bersedia mendedahkan segalanya jika perlu.
Setakat ini, identiti ustaz berkenaan masih belum didedahkan dan tiada laporan rasmi dikeluarkan. Namun Erma memaklumkan dia menunggu laporan polis daripada mangsa untuk pengesahan lanjut.
Pssttt! Kalau benar seperti yang didakwa Erma, sangat membimbangkan bila ada individu bertopengkan agama untuk perdaya wanita lain. Semoga mangsa tampil berani membuat laporan agar perkara ini tidak terus berlaku dalam diam.
Kredit: Instagram Erma Fatima
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM