Trending
Peminat Puas Hati, Lebih 100,000 Tiket Konsert MCR Di Kuala Lumpur Habis Terjual!
Jualan tiket konsert hari kedua berjalan lancar, peminat tidak sabar tunggu tahun hadapan
Korang dah sedia nak Welcome The Black Parade? dengan secara rasmi sebentar tadi tiket konsert band legenda My Chemical Romance (MCR) di Kuala Lumpur telah habis terjual.
Menerusi kenyataan media daripada GoLive Asia, pihaknya memaklumkan lebih 100,000 tiket telah terjual untuk dua malam, ini mencatatkan rekod baharu buat GoLive Asia sebagai jumlah jualan tiket tertinggi yang pernah dijual untuk satu acara di platform mereka.
Jualan tiket konsert hari kedua berjalan lancar
GoLive Asia berkata, dalam jualan umum hari ini lebih 500,000 peminat membanjiri laman web GoLive Asia untuk mendapatkan tiket konsert tersebut.
Kami berbangga untuk berkongsi bahawa laman web tersebut kekal stabil sepanjang proses jualan. Tiada gangguan, hanya semangat peminat yang berterusan. Pasukan kami menguruskan trafik secara aktif dalam masa nyata untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

Menurut GoLive Asia lagi, kepada semua peminat yang berjaya mendapatkan tiket, mereka mengucapkan terima kasih dan menyatakan bahawa ini bukan sekadar konsert, tetapi kepulangan yang dinanti-nantikan oleh sebuah band yang telah membentuk satu generasi dan semangat para peminat telah menjadikan detik ini sesuatu yang tidak akan dilupakan.

Konsert ini dijadualkan akan berlangsung pada 30 April dan 1 Mei tahun hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum ini, MCR pernah datang ke Malaysia tahun 2007 sempena konsert ‘Welcome to the Black Parade World Tour’ yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pssttt! Kunjungan mereka pada tahun 2026 merupakan kepulangan pertama ke Malaysia selepas hampir dua dekad sebab itulah ramai yang sangat teruja dan tiket licin habis terjual.
Kredit: GoLive Asia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM