Connect with us

Oh! Media

Upin & Ipin Universe. Berbaloi RM172.80?

Upin & Ipin Universe. Berbaloi RM172.80?

Ohmedia upin ipin universe main

Salam guys!

Seperti yang korang tengok di IG Stories Oh! Khai baru-baru ni, saya dah pun beli dan main sendiri Upin & Ipin Universe di PS5. Ramai yang request untuk saya kongsikan review penuh. Ok here we go! Kita mula dengan tentang apa game dia ni? Well, seperti tajuk dia lah semestinya kisah dua ketul budak kembar berkepala botak bernama Upin & Ipin berlari sana-sini satu kampung kutip coin, kutip barang, kutip sampah, tangkap serangga, main basikal, main gasing, masin kereta control, dan segala macam aktiviti sekitar Kampung Durian Runtuh. Ini kampung yang kita tengok dalam animasi Upin & Ipin tu lah.

Motif utama dia adalah untuk selesaikan pelbagai misi dan coin yang mereka kutip atau dapat upah bila selesai lakukan misi tu, boleh digunakan untuk beli pelbagai collectable item, termasuklah barang masakan, buku, mainan, dan banyak lagi. Sepanjang berlari sana-sini tu, mereka akan jumpa la kawan-kawan lain dan mereka boleh buat banyak aktiviti macam lawan gasing sesama mereka (macam Beyblade), main masak-masak (macam Overcooked), main tangkap serangga pakai jaring (macam Animal Crossing), memancing ikan dengan Tok Dalang, bercucuk-tanam sayuran, dan cari barang-barang yang hilang. Ada juga banyak collectible yang kita dapat collect sepanjang main game ni nanti (kebanyakannya poster episod Upin & Ipin).

Apa yang paling menarik dan buat saya teruja, kalau selama ni kita tengok Kampung Durian Runtuh ni kat dalam cerita animasi Upin Ipin je, sekarang kita betul-betul boleh explore satu kampung tu. Boleh tengok apa ada kat belakang rumah Tok Dalang, apa ada kat tepi rumah Jarjit, apa ada kat bawah rumah Opah, sampailah ke Tadika Mesra tu kita boleh explore. Memang besar map game ni dan sangatlah detail dan logik mengikut animasi dia yang kita dah tahu selama ni.

IKLAN

Grafik dia? Sangat baik dan tak ubah macam tengok cerita animasi Upin & Ipin selama ni. Warna dia memang mampu menarik minat anak-anak. Tapi ini kalau main dekat Playstation 5 atau di PC (Steam) la. Saya tak suggest untuk main di Nintendo Switch sebab kualiti grafik dia sangat mengecewakan kat situ.

Sebagai Seorang Dewasa, Adakah Saya Having Fun?!

Ya, membesar dengan animasi Upin & Ipin dan menyimpan banyak nostalgia menarik bersama mereka selama ni, saya sangat terhibur dan saya percaya kalau budak-budak yang main, mereka akan lebih seronok lagi (walaupun mereka tak layan pun animasi Upin & Ipin ni). Bila kita yang dewasa ni cuba selesaikan misi-misi dia, kita gerenti akan rasa banyak pengulangan. Banyak misi yang perlu buat aktiviti yang sama macam tangkap serangga dan memancing ikan, cuma jalan cerita sahaja yang berbeza. Tapi bagi saya, kalau budak-budak yang main mereka tak kisah banyak pengulangan macam tu mungkin mereka akan terus terhibur untuk selesaikan satu persatu misi yang diberi.

Berbaloi Ke Harga RM172.80 Tu?

Secara ringkasnya jika anda tanya saya, to be fair jawapannya berbaloi malah pada saya harga tu masih dalam ketegori sederhana. Tapi memanglah dengan harga macam tu, kita boleh beli banyak game AAA yang tengah ada sale atau yang dah lama.

Kita sebenarnya tak boleh lah nak bandingkan dengan market banyak game popular lain yang boleh jual harga rendah dari tu sebab market mereka jauh lebih besar (mungkin seluruh dunia) Untuk game yang fokus kepada pasaran Asia Tenggara macam Upin & Ipin Universe ni, saya rasa keputusan untuk letak harga sebegitu adalah wajar untuk sekurangnya mereka tidak rugi.

Malah, kita memang dapat game yang sangat menarik dengan grafik dan gameplay yang baik. Biarpun ada banyak bug dan glitch pada hari pertama dilancarkan, itu semua boleh diperbaiki dengan update pada masa akan datang. Malah untuk jadikan game ni lebih menarik lagi pun, ianya boleh dilakukan hanya dengan melalui patch dan update.

Saya berpandangan, dengan sokongan kita yang tidak terlalu keras menilai game ini akan memberikan mereka peluang lain untuk menerbitkan game kedua pula pada masa akan datang dengan benar-benar sempurna.

Tapi ingat, kalau anda beli pada harga tu di Nintendo Switch, itu memang langsung tak berbaloi. Jangan beli dan main kat sana okay?!

Apa Kekurangan Upin & Ipin Universe?

Kekurangan game ni kalau tanya saya, memang banyak cuma semuanya lebih kepada kritikan dari seorang pemain dewasa. Saya tak rasa kritikan ni akan datang bila budak-budak yang main. Bagi seorang dewasa yang bermain, saya rasa terlalu banyak repetitive dalam misi-misi yang mereka letakkan. Lepas tu ada banyak glitch sampai beberapa kali saya kena restart semula game. Hairan saya, mereka ni tak test betul-betul lagi ke sebelum release game ni?

Mata pada semua karakter dalam game ni, nampak mati. Macam semua kena pukau. Haha! Dialog yang saya pilih masa main game ni adalah dalam Bahasa Melayu. Dialog memang banyak betul pengulangan dan agak cringe, tapi takkan jadi masalah bila budak yang main.

Bila Upin & Ipin explore kampung tu, mereka akan banyak bertembung dengan karakter lain. Tapi malangnya, semua karakter tu memang betul-betul sekadar NPC sahaja untuk buat kampung tu tak rasa kosong. Memang tak logik langsung bila terserempak dengan Opah dan Kak Ros, tapi diorang langsung tak bercakap apa-apa. Memang totally macam kena pukau berjalan sorang-sorang macam orang gila sekeliling kampung. Hahaha! Senang cerita, baik tak payah buat. Kalau nak buat, bagilah dialog sikit bila terserempak tu.

Oh ya, game ni memang boleh main berdua guna 2 controller. Tak ada split-screen, tapi buat masa sekarang memang banyak masalah pada angle kamera. Ini boleh diperbetulkan dalam patch akan datang tapi kan lagi senang kalau buat split-screen je terus?

Bila main berdua, game ni sepatutnya akan jadi lebih menarik sebab banyak misi boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat bila bersama-sama. Tapi main berdua secara local sahaja ya buat masa ini memang tak nampak bayang pun lagi boleh online multiplayer. Kalau boleh, mesti best! Kalau korang memang perlu main game ni sorang-sorang, bersedialah akan cepat bosan sebab semua benda kena setel sendiri. Sorang lagi tu cuma akan follow je korang macam saka dan takkan membantu apa-apa pun.

Upin ipin universe 4

Kesimpulan…

Segala masalah yang ada di awal pelancaran game Upin & Ipin Universe ni tak membuatkan game ini gagal dan semua maslah tu kecil sahaja dan boleh diperbaiki pada update yang akan datang. Game ini dibangunkan developer tempatan, untuk IP tempatan dan memang buat saya gembira akhirnya dapat main game di PS5 yang dialog dan menu dalam Bahasa Melayu (selain English).

Dari sudut nilai dan polish game ni, ia lebih sesuai saya kategorikan sebagai indie game. Harga tu saya tetap nak cakap wajar, tapi mereka patutnya pertimbangkan untuk kurangkan lagi harga untuk Nintendo Switch yang tak dapat pengalaman yang sama seperti mereka yang main di Playstation dan PC. Kita dah biasa sokong game luar, tapi bila ada developer Malaysia keluarkan sesuatu yang besar macam ni, jangan lokek pula nak bagi peluang. Ingat, at the end game ni memang jelas dicipta untuk kanak-kanak. Belilah main dengan adik atau anak korang mesti seronok.

Tapi kalau korang cuma ada modal bawah RM200 dan cuma nak beli satu game sahaja untuk dimainkan, mungkin bukan game ini. Saranan Khai? Tunggu masuk sale dulu baru beli. Tapi kalau nak beli sekarang pun, tak rugi sangat asalkan korang tahu apa yang korang bayar tu bukan untuk kesempurnaan, tapi untuk sokongan dan nostalgia.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Ke Atas