Oh! Tidak
Ibu Zara Qairina Nekad Gali Semula Kubur Anak Demi Jawapan
Ibu Zara Qairina mahu kubur anak digali semula untuk bedah siasat, cara jawapan kematiannya.
Kes tragis yang menimpa remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina, terus menimbulkan pelbagai persoalan. Ibu kepada arwah, Noraidah Lamat, kini mengambil langkah nekad untuk menggali semula kubur anaknya.
Perkara itu dilihat perlu, bagi menjalankan bedah siasat mendapatkan jawapan yang menghantui mereka sekeluarga.
Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat selepas tiada sebarang cadangan bedah siasat semasa pengebumian arwah pada 17 Julai lalu.
Demi mendapat jawapan itu dan keadilan untuknya, saya mengarahkan dua peguam menguruskan proses bagi membolehkan kubur anak digali semula untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazahnya.- Kata Noraidah.
Ibu Zara Qairina syak ada yang tak kena lepas pengebumian…
Lebih menyayat hati, Noraidah mendedahkan bahawa selepas pengebumian, mereka mula menyedari beberapa perkara yang mencurigakan berkaitan kematian Zara Qairina. Keadaan ini membuatkan dia tekad untuk mencari jawapan sebenar, walau apa pun hasilnya nanti.
Saya mahu tahu punca sebenar kematiannya, justeru proses bedah siasat perlu dilakukan dan kuburnya perlu digali semula.
Apa pun keputusan yang keluar hasil bedah siasat itu kelak dan siasatan polis, saya terima dengan reda kerana ia menjawab segala persoalan yang masih tiada jawapan sehingga kini.
Zara Qairina ditemui parah bawah bangunan asrama…
Sebagai info untuk korang, kejadian berlaku pada 16 Julai lalu apabila Zara Qairina ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama.
Dia dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu, Sabah, untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.
Pssttt! Ohmedia faham, bila melibatkan nyawa orang tersayang, apatah lagi anak sendiri, tak ada jawapan pun boleh tenangkan hati selagi semuanya tak jelas. Kami harap usaha ibu Zara Qairina ni dapat sokongan sewajarnya dan siasatan dijalankan secara adil dan telus. Buat korang di luar sana, jangan takut bersuara bila rasa ada sesuatu yang tak kena. Nyawa bukan perkara kecil.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM