Oh! Artis
“Dia Dah Bukan Islam Ke?” – Tular Aksi Ciuman Penyanyi Wanita Popular Dan Kekasih
Penyanyi Yazmin Aziz raih perhatian apabila selamba ‘cium mulut’ teman lelaki depan orang ramai.
Tindakan berani penyanyi terkenal, Yazmin Aziz, mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, tular video di TikTok memaparkan penyanyi popular ini mencium teman lelakinya di khalayak ramai.
Insiden itu dipercayai berlaku semasa majlis Mister National Universe di Manila, malam Ahad lalu.
Yazmin Aziz gembira, balas ciuman kekasih
Dalam video berdurasi 39 saat tersebut, Yazmin dilihat memakai gaun hitam sambil memeluk dan membalas ciuman Simon Joseph Javier.
Kekasihnya, Simon baru je dinobatkan sebagai Mister National Universe MPH 2025.
Netizen pertikai tindakan terbuka Yazmin
Apa yang lebih mengundang perhatian ramai adalah status agama Yazmin sebagai seorang wanita Muslim.
Ramai meluahkan rasa terkejut dengan keberaniannya mempamerkan aksi mesra itu secara terbuka di hadapan khalayak dan kamera.

Netizen turut mempersoalkan kenyataan Simon sebelum ini yang pernah menyatakan hasrat mahu mencium Yazmin hanya selepas mereka berkahwin.
Namun, tindakan mereka dalam video tersebut jelas bertentangan dengan kenyataan itu.
Dalam rakaman yang sama, Yazmin juga kelihatan sangat teruja dan melompat kegembiraan meraikan kemenangan teman lelakinya bagi kategori berprestij tersebut.
Pssttt! Bila dah namanya selebriti, setiap tindak tanduk jadi tumpuan. Kita tunggu penjelasan Yazmin pula.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM