Oh! Tidak
Perbuatan Jijik Tukang Urut Terbongkar Ketika Remaja Dapatkan Rawatan Di Hospital
Remaja dapat rawatan gastrik terbongkar jadi mangsa salah laku bapa sendiri. Suspek ditahan dan disiasat pihak berkuasa.
Jijik! Seorang tukang urut tergamak melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap anak kandungnya yang baru berusia 17 tahun.
Lapor Kosmo!, perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas mangsa mendapatkan rawatan kerana sakit gastrik di Hospital Tanjong Karang, Kuala Selangor.
Ditahan polis di Bestari Jaya

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin memaklumkan bahawa laporan berhubung kejadian diterima pihak hospital pada jam 5.07 petang semalam.
Hasil temu bual awal, doktor mendapati remaja perempuan itu dirogol bapa kandungnya yang berusia 51 tahun. Polis berjaya memberkas suspek di kawasan Bestari Jaya pada pukul 11.15 malam tadi.
Disiasat di bawah Seksyen 376B

Azaharudin berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti tempoh dan butiran kejadian sebenar.
Tambahnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Pssttt! Bila insan yang sepatutnya jadi pelindung bertindak sebaliknya, memang amat memilukan. Semoga mangsa diberi sokongan yang cukup dan pelaku menerima hukuman setimpal.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.