Oh! Tidak
“Ular Hitam, Tanah Kubur, Busung” – Usahawan Tudung Haliza Maysuri Disihir Sejak Awal Bisnes
Kena sihir, usahawan tudung dinasihatkan supaya tidak live di media sosial.
Usahawan terkenal, Haliza Maysuri meluahkan pengalaman perit yang dialaminya sejak memulakan perniagaan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa sihir dan gangguan mistik yang berpanjangan.
Haliza mendedahkan dirinya pernah dihantar sihir termasuk gangguan seperti ular hitam muncul di rumah, lipan bara merayap dalam bilik dan bau kapur busuk di pintu butik miliknya.
Sakit tak dapat dikesan doktor, tapi tetap kuat berjuang
Haliza turut berkongsi bahawa dia pernah mengalami sakit yang tidak dapat dikenal pasti oleh doktor dan sering jatuh pengsan tanpa sebab.
Bertahun saya terlantar. Pengsan dan tiba-tiba bagai ada tenaga yang begitu kuat menolak tubuh saya, sering kali berlaku malah sampai ke hari ini.
Namun begitu, dia tetap yakin bahawa semua ujian ini berlaku dengan izin Allah dan enggan tunduk kepada ketakutan.
Saya tak takut. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya yakin setiap ujian datang dengan hikmah.
Media sosial adalah butik, jangan suruh usahawan diam

Dalam masa sama, Haliza turut menjawab kritikan sesetengah pihak yang menasihatinya supaya tidak terlalu aktif di media sosial kononnya takut terkena sihir lagi.
Sekarang ni media sosial adalah butik kita. Bila orang tak kenal, macam mana nak yakin untuk membeli?
Tegasnya, jika usahawan tidak tampil memperkenalkan diri dan produk di media sosial, bagaimana masyarakat mahu mengenali dan yakin untuk membeli.
