
Oh! Islam
Arab Saudi Rancang Potong Kuota Haji Indonesia 2026
Arab Saudi bakal potong 50% kuota haji Indonesia 2026 susulan isu kesihatan jemaah dan disiplin.
Timbul kebimbangan besar buat negara jiran, Indonesia, apabila Kerajaan Arab Saudi dikatakan merancang untuk mengurangkan kuota jemaah haji mereka sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2026.
Perkara ini dibangkitkan dalam satu pertemuan rasmi antara Ketua Badan Penyelenggara Haji, Mochamad Irfan Yusuf bersama Timbalan Menteri Haji Arab Saudi baru-baru ini.
Menurut Irfan, langkah tersebut dipercayai sebagai respon keras terhadap beberapa isu yang timbul semasa musim haji 2025, termasuk aspek pengurusan dan kesihatan para jemaah.
Wakil Arab Saudi tampil dengan teguran tajam…

Antara isu yang cukup mendapat perhatian pihak Arab Saudi adalah keadaan kesihatan jemaah Indonesia yang dikatakan tidak memenuhi syarat istitha’ah atau kelayakan kesihatan untuk mengerjakan ibadah haji.
Ada yang mati walaupun masih berada dalam kapal terbang. Kenapa awak bawa orang mati ke sini?
Irfan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu bentuk amaran kepada Indonesia supaya lebih serius dan berhati-hati dalam menguruskan pemilihan dan persiapan jemaah haji.
Jemaah Indonesia merokok dalam hotel tambah buruk keadaan…

Menambah parah situasi, tular pula rakaman video beberapa jemaah lelaki Indonesia yang selamba merokok di bilik hotel sehingga mencetuskan panik akibat penggera kebakaran berbunyi. Kejadian ini nyata menjejaskan imej jemaah Indonesia di mata pengurusan Arab Saudi.
Menerusi rakaman tersebut, kedengaran jeritan panik dan kekeliruan dalam kalangan jemaah yang nyata tidak memahami situasi kecemasan yang berlaku. Video berkenaan kini tular dan meraih ribuan tontonan di media sosial.
Pssttt! Bila dapat peluang untuk menunaikan haji, kita bukan saja kena jaga kesihatan dan persiapan fizikal, tapi juga disiplin dan adab di tempat orang. Arab Saudi tegas dengan peraturan mereka, jadi setiap jemaah perlu peka dan bertanggungjawab, supaya peluang berharga ini tidak ditarik balik untuk orang lain di masa akan datang.
Kredit: Detik
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
