Connect with us

Oh! Media

“Dia Gelek Atas Pentas Boleh Pulak” – Influencer TikTok Dikecam Gara-Gara Gesa Konsert Coldplay Dibatalkan

Cikgu Ayu

Oh! Tidak

“Dia Gelek Atas Pentas Boleh Pulak” – Influencer TikTok Dikecam Gara-Gara Gesa Konsert Coldplay Dibatalkan

Influencer TikTok dikenali sebagai Cikgu Ayu menerima kritikan ramai selepas memuat naik satu video menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan konsert penyanyi antarabangsa, Coldplay.

BACA: Cikgu Ayu Mohon Maaf Isu Tapau Makan Di Rumah, Jelaskan Situasi Sebenar

Cikgu Ayu mahu PMX membuktikan diri seorang Perdana Menteri yang baik dengan tidak meneruskan konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November ini.

IKLAN

Kata Cikgu Ayu, saudara seagama di Palestin sedang berjuang untuk hidup tetapi di Malaysia rakyatnya sedang berseronok dengan konsert.

Namun, rata-rata daripada netizen mengejek influencer TikTok ini apabila mengungkit hal dirinya yang pernah berzumba di khalayak ramai.

Kata netizen, influencer ini cuba menunggang isu Palestin dan politik sedangkan dirinya juga tidak sempurna apabila terkinja-kinja di atas pentas.

Kredit: TikTok @anonuser_00

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas