Connect with us

Oh! Media

Cikgu Ayu Mohon Maaf Isu Tapau Makan Di Rumah, Jelaskan Situasi Sebenar

cikgu ayu

Trending

Cikgu Ayu Mohon Maaf Isu Tapau Makan Di Rumah, Jelaskan Situasi Sebenar

Pempengaruh TikTok dikenali sebagai Cikgu Ayu tampil memohon maaf kepada sesiapa yang terasa dengan cadangan ‘tapau’ makan di rumah jika tak selesa bunyi bising budak.

ADVERTISEMENT

BACA: Influencer TikTok Tak Puas Hati Anak Kena Tenung Sebab Meragam Di Kedai Makan

Cikgu Ayu turut menjelaskan keadaan sebenar di mana ketika itu dia dan keluarga sedang bercuti. Anaknya bukan sejenis yang meragam dan dia dah berusaha untuk menenangkan anak daripada menangis.

Cikgu Ayu mohon maaf, terima teguran dengan hati terbuka

@cikguayu_imtecer Replying to @💫 iii•zUueee terima kasih yg tampil bgthu.. n mohon maaf dr sy☺️#cikguayu ♬ Bil Qur’ani Sa’amdhi – Hidayat

Orang tak nampak strugle saya bagi baby diam. Yang baby 1 tahun 6 bulan kalau jengilkan mata pun dia tak faham.

Isu bungkus balik rumah, saya tengah bercuti bawa anak-anak jalan.

Kata influencer yang mempunyai lebih 1.2 juta followers ini, mereka tak segera pulang kerana menunggu satu pesanan yang tercicir.

Cikgu Ayu dengan hati terbuka menerima segala teguran yang diberikan pengguna media sosial yang lain meskipun ada yang menggelarkan anak-anaknya sebagai binatang.

Malah, dia juga terima mana-mana kedai yang menolak kehadirannya kelak.

Kredit: TikTok @cikguayu_imtecer

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas