Connect with us

Oh! Media

Detik Cemas Perodua Myvi Dihanyutkan Arus Deras, Mangsa Masih Belum Ditemui

myvi dihanyutkan

Trending

Detik Cemas Perodua Myvi Dihanyutkan Arus Deras, Mangsa Masih Belum Ditemui

Semalam tersebar video menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dihanyutkan arus deras selepas dengan berani cuba meredah. Kejadian yang berlaku di Jalan Kionsom Lama Inanam, Sabah itu berjaya dirakam pengguna jalan raya lain yang berada di belakang mangsa.

ADVERTISEMENT

Terdapat dua orang mangsa di dalam kereta Myvi itu yang hanyut sekelip mata.

Pihak Bomba dan orang awam yang membantu mencari akhirnya menemui kereta itu pada jam 7.20 pagi tadi. Bagaimanapun, dua mangsa yang dihanyutkan masih belum berjaya dikesan.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah memaklumkan kereta Myvi itu dihanyutkan kira-kira 200 meter dari lokasi.

Anggota pasukan selam ada menemukan petanda mangsa berada di dalam kereta itu, bagaimanapun operasi masih dijalankan ketika ini dan pasukan sedang mendapatkan pengesahan.

Identiti mangsa yang terlibat adalah Simon Sanga Tupe, 68 tahun (pemandu) dan Juning, 30 tahun (penumpang). Kejadian semalam berlaku kira-kira pada jam 6 petang. Sama-sama kita doakan agar mangsa dapat ditemukan segera.

Kredit: Twiter | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas