Connect with us

Oh! Media

Beribu Sukarelawan Telah Terima Suntikan Vaksin

COVID-19

Beribu Sukarelawan Telah Terima Suntikan Vaksin

Sehingga ke hari ini masih tidak ada lagi mana-mana pihak yang boleh mendakwa vaksin yang mereka bangunkan mampu mencegah penularan wabak Covid-19 sebanyak 100 peratus. 

Hari ini, pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) melaporkan terdapat enam individu yang menjadi sukarelawan bagi menerima vaksin Covid-19 telah meninggal dunia semasa mereka sedang menjalani fasa terakhir ujian klinikal vaksin itu.

Apapun, kematian enam individu itu dikatakan tidak ada kena mengena dengan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin itu. Ini kerana vaksin itu mempunyai tahap keberkesanan sebanyak 95 peratus untuk mencegah jangkitan Covid-19.

Vaksin itu dikatakan telah menunjukkan tahap keberkesanan sebanyak 95 peratus, sekurang-kurangnya tujuh hari selepas individu menerima suntikan kedua.

Data juga menunjukkan bahawa vaksin itu berkesan pada tahap 52 peratus selepas saja mereka menerima dos yang pertama.

Menurut sumber, dua individu yang menerima vaksin itu meninggal dunia ketika dalam tempoh percubaan, dan empat lagi meninggal dunia semasa di peringkat plasebo.

Kadar kematian itu tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan memandangkan ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.

Vaksin yang telah diuji kepada sukarelawan itu dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech. Vaksin itu dikatakan telah pun diterima oleh negara United Kingdom (UK), dan sekaligus menjadikan UK negara pertama yang meluluskan penggunaan vaksin itu.

Sebelum itu, Margaret Keenan, 90, dikatakan telah menjadi individu pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19 itu di England.

Nampaknya mungkin akan mengambil masa bertahun lagi untuk seluruh dunia menerima suntikan vaksin. Apapun, teruskan berdoa semoga wabak Covid-19 boleh kembali pulih dari semasa ke semasa.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Trending

ITTIFY

To Top