Connect with us

Oh! Media

khalwat sebat

Oh! Tidak

Buruh Binaan Pesalah Pertama Disebat Di Terengganu Kerana Berkhalwat

Baru dikuatkuasakan bermula 1 Januari lalu, seorang buruh binaan menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan hukuman sebat setelah disabitkan kesalahan berkhalwat di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Pindaan 2022.

Lapor Sinar Harian, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Hamidi Shafie mengenakan hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 terhadap tertuduh, Mohd Affandi Awang kerana melakukan kesalahan khalwat kali kedua.

IKLAN

Khalwat kali kedua

berkhalwat

Mengikut kertas pendakwaan, tertuduh ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita pada 25 Januari lalu kira-kira jam 1.10 pagi di tingkat tiga sebuah premis di Jalan Penghiburan, Kemaman, Terengganu.

Terdahulu, tertuduh pada 11 Julai 2023 pernah melakukan kesalahan yang sama di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Pindaan 2001 dan dihukum denda RM2,700 atau tiga bulan penjara.

Tak sampai setahun kena tangkap berkhalwat lagi

khalwat

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah berkhalwat kali kedua dan Hakim Syarie membuat keputusan selepas pindaan seksyen diluluskan.

Di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara.

Hakim berkata, hukuman sebat dikenakan kerana ianya kesalahan kedua dilakukan dalam tempoh tak sampai setahun.

Hakim berharap hukuman dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan peringatan kepada masyarakat luar supaya tidak terjebak dengan perbuatan khalwat.

BACA: Janda Kantoi Berkhalwat, Siap Bawa Dua Anak Lepas Rindu Di Hari Kekasih

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas