Connect with us

Oh! Media

“Baik Pergi London” – Harga Penerbangan Ke Sarawak Cetus Pertikaian Ramai

Oh! Tidak

“Baik Pergi London” – Harga Penerbangan Ke Sarawak Cetus Pertikaian Ramai

Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sesuatu tempat atau kembali ke pangkuan keluarga dengan menggunakan pengangkutan udara.

ADVERTISEMENT

BACA: Pramugari Syarikat Penerbangan Ukraine Tukar Uniform, Tiada Lagi Skirt Ketat Dan Kasut Tumit Tinggi

Semestinya, pembelian tiket penerbangan secara atas talian akan menjadi pilihan orang ramai lebih-lebih kepada mereka yang mahu pulang ke Sabah atau Sarawak.

Namun, terdapat juga isu mengenai harga tiket yang tinggi ditetapkan semasa musim perayaan sehingga mampu memberikan kesan kepada individu yang berpendapatan rendah.

Cecah ribuan ringgit, remaja kesal lihat harga penerbangan ke Sarawak

Terbaharu, seorang remaja telah mendedahkan harga tiket penerbangan ke Sarawak menjelang musim perayaan yang dilihat tidak masuk akal sehingga tular di media sosial.

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, dia telah berkongsikan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak, pada 25 December 2021 yang berharga lebih daripada RM1,000.

Lebih mengejutkan, dia turut menunjukkan perbandingan harga penerbangan ke Sarawak dan London yang dilihat hampir sama pada tarikh tersebut menerusi laman sesawang Malaysia Airlines.

Kuala Lumpur ke Kuching (25 December 2021): RM1,499.18

Kuala Lumpur ke London (25 December 2021): RM1,469.00

Perkara itu sedikit sebanyak mengejutkan rata-rata netizen sehingga ramai berpendapat lebih baik menyambut perayaan Krismas di London sahaja oleh kerana harga yang hampir sama.

Dalam pada itu, isu tersebut juga turut mendapat perhatian daripada pihak Malaysia Airlines di laman Twitter apabila bertindak memberikan respon terhadap ciapan remaja itu.

Menurutnya, harga yang telah ditetapkan itu adalah berdasarkan permintaan serta ketersediaan tiket tersebut dan harga tiket mampu berubah mengikut masa serta tarikh yang dipilih.

Tambahnya lagi, pihaknya juga turut memberikan saranan kepada remaja itu supaya mencari pada kombinasi tarikh yang berbeza bagi mendapatkan harga yang jauh lebih murah.

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan olehnya selain berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Kredit: Twitter aripfredo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top