Connect with us

Oh! Media

Pramugari Syarikat Penerbangan Ukraine Tukar Uniform, Tiada Lagi Skirt Ketat Dan Kasut Tumit Tinggi

Pramugari Ukraine

Oh! Inspirasi

Pramugari Syarikat Penerbangan Ukraine Tukar Uniform, Tiada Lagi Skirt Ketat Dan Kasut Tumit Tinggi

Syarikat penerbangan Ukraine, SkyUp Airlines, mengambil langkah menukar pakaian seragam pramugari selepas mendapat feedback kurang baik daripada pekerjanya.

BACA: (Video) Penumpang China Sengaja Batuk Ke Arah Pramugari, Terus Kena Headlock Dengan Pramugara!

Rata-rata daripada pramugari meluahkan rasa tidak selesa memakai kasut tumit tinggi apabila berdiri terlalu lama. Kesan daripada itu, kaki mereka akan bengkak.

IKLAN
Rqjided42nls5bi5wzkdwoblmq
Foto Kredit Reuters

Memetik laporan Reuters, pramugari senior syarikat itu, Alexandrina Denysenko mengakui kasut tumit tinggi kelihatan elegan namun mereka akan ‘menderita’ sepanjang penerbangan.

Jika pesawat membuat pendaratan di air atau pemindahan kecemasan, adalah tidak selesa apabila memakai skirt.

Bertindak balas kepada feedback itu, syarikat penerbangan telah menukar pakaian seragam kepada pantsuit longgar berwarna jingga, baju T putih dan kasut sneaker Nike Air. Gaya rambut sanggul pula ditukar kepada ‘braid’.

Ketua Bahagian Pemasaran SkyUp Airlines, Marianna Grygorash berkata, pekerjaan sebagai pramugari bukan sahaja memerlukan penampilan yang menarik. Bahkan, pekerjaan mereka menuntut banyak latihan fizikal.

Menurutnya, seragam baru itu akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober ini.

Kredit: Reuters | Sinar Plus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas