Connect with us

Oh! Media

“Takkan Itu Pun Nak Kira Ikut Kepala” – Ekin Kata Semuanya 16 Orang Termasuk Bayi Dan 4 Kanak-Kanak

Ekin Mawi Seafood

Trending

“Takkan Itu Pun Nak Kira Ikut Kepala” – Ekin Kata Semuanya 16 Orang Termasuk Bayi Dan 4 Kanak-Kanak

Tuan kedai tampil beri penjelasan selepas isteri kepada selebriti popular Mawi iaitu Ekin mengadu dikenakan caj terlampau mahal.

Dalam video penjelasan, owner gerai seafood di Johor Bahru berkata Ekin datang makan bersama 20 ahli keluarga lain. Betul ke?

BACA: Ekin Mawi Tak Puas Hati Kena Caj RM1200, Owner Kedai Jelaskan Harga Untuk 20 Orang Makan

IKLAN

Dalam laporan mStar, Ekin memberi respon balas berkata semuanya 16 orang ahli keluarganya ke gerai itu termasuk seorang bayi dan empat kanak-kanak.

Ekin Mawi

Takkan itu pun mereka nak kira ikut kepala.

Resit asal yang diberikan kepada Ekin juga dikatakan tak sama dan tak terperinci seperti yang dijelaskan dalam video.

Whatsapp image 2023 10 05 at 122242 pm

Kata isteri Mawi lagi, kalaulah pihak gerai membuat perincian harga dari awal mungkin isu tidak kecoh seperti ini.

Ketika saya makan di sana dan tanya harga pun dia tak cakap. Katanya order je kemudian baru kira.

Kami niat baik nak bantu peniaga kerana ketika itu kedainya tak ramai orang berbanding tempat biasa kami pergi.

Perkongsian asal Ekin mengenai gerai itu dipadam selepas orang ramai memberi komen pernah ‘terkena’ ketika makan di situ.

Ekin tak mahu hantarannya itu menjadi isu besar sehingga boleh menjejaskan perniagaan orang lain.

Namun dia berkongsi kerana mempunyai hak sebagai pengguna. Tambahan pula gerai itu dikatakan tak letak tanda harga pada menu ketika mereka makan di sana.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas