Connect with us
ayam kunyit chenang

Trending

Viral Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Pantai Chenang, Pemilik Kedai Tampil Pertahankan Diri

Semalam, tular di media sosial seorang pelanggan meluahkan rasa tak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk sepinggan ayam goreng kunyit.

Kejadian itu berlaku di sebuah kedai makan terletak di Pantai Chenang, Langkawi Kedah. Mahalnya!

IKLAN

BACA: Viral Peniaga Di Pulau Pangkor Jual Siakap Harga ‘Pergi Haji Balik Hari’, KPDN Perak Ambil Tindakan Segera

Selepas isu tular, pemilik kedai tampil mempertahankan diri dan mempersoalkan motif sebenar pelanggan menularkan hidangan itu.

ayam goreng kunyit

Kata Zulfan Bustami, pekerjanya sudah menunjukkan menu dan di situ tertera dengan jelas harga ayam goreng kunyit ialah RM20.

Jelasnya lagi, hidangan itu sesuai dimakan dua orang kerana mereka menggunakan 160 gram isi ayam, sayur, lobak, salad, kacang panjang dan bawang Holland.

Dia sendiri lihat harga dalam buku menu ketika buat pesanan, masa bayar di kaunter tak cakap apa pun sebelum berlalu pergi, kemudian tularkan di media sosial yang mengundang persepsi negatif, apa motif?

Difahamkan, Zulfan tahu mengenai kejadian selepas pekerja menunjukkan gambar dan resit berjumlah RM24 yang tular di media sosial. Ketika kejadian itu berlaku, dia tiada di restoran.

Pelanggan terbabit dikatakan datang makan di restoran pada Sabtu seperti mana tarikh yang tertera pada resit. Gambar kedai pula diambil keesokan hari iaitu pada Ahad.

ayam goreng kunyit langkawi

Pemilik kedai mempertahankan diri berkata, pelanggan itu adalah orang tempatan jadi pelanggan sepatutnya tahu harga makanan di sekitar Pantai Chenang tinggi sedikit berbanding kawasan lain disebabkan kadar sewa kedai yang tinggi.

Malah, kedainya juga telah diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk melakukan pemeriksaan dan menyerahkan notis kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Dia juga sudah berusaha menghubungi pengadu di ruangan Messenger Facebook untuk meminta maaf tetapi pengadu dikatakan mengelak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas