Connect with us

Oh! Media

“Azizul Hasni Awang Pergi Olimpik Pun Tak Bawa Basikal Masuk Kedai” – Netizen Makin Bengang

Trending

“Azizul Hasni Awang Pergi Olimpik Pun Tak Bawa Basikal Masuk Kedai” – Netizen Makin Bengang

Nampaknya sikap segelintir pangayuh basikal semakin tak masuk akal sekarang. Memang tak dapat dinafikan yang aktiviti berbasikal pada waktu ini menjadi trend hidup sihat untuk mengisi waktu lapang sehingga ada yang sanggup habis ribuan ringgit untuk dapatkan basikal idaman mereka.

ADVERTISEMENT

Tapi malangnya, ada segelinteri dari mereka yang merosakkan imej sukan ini termasuklah berbasikal di atas lebuh raya, berbasikal di tengah-tengah jalan raya dan ini semua menimbulkan kegusaran orang ramai.

Terbaru, tersebar lagi video di Twitter yang menunjukkan dua orang pengayuh basikal membawa masuk basikal mereka ke dalam sebuah cafe sehingga menimbulkan rasa hairan dan kurang selesa pelanggan lain.

Abang baju kuning tu pun terkejut tengok tiba-tiba ada pelumba basikal negara masuk berpakaian lengkap siap dengan topi keledar keselamatan lagi.

Apa yang Ohmedia tak faham, dah tahu awak berbasikal, kenapa perlu minum dan makan dalam cafe? Support peniaga tepi jalan lebih baik apa? Basikal diorang mahal sebenarnya, sebab tu risau letak dekat luar kedai, takut kena rembat.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas